Surah al-Rum ialah salah satu daripada surah Makkiyyah, surah ke-30 mengikut susunan surah-surah al-Qur’an dan mengandungi 60 ayat. Surah ini bernama al-Rum sebagai satu mukjizat untuk menunjukkan kebenaran berita dalam al-Qur’an. Firman Allah S.W.T. dalam al-Qur’an yang bermaksud: “Alif, Lam, Mim. Orang-orang Rom telah dikalahkan. Di negeri yang dekat sekali dan mereka sesudah kekalahannya itu akan mengalahkan lawannya. Dalam masa tidak sampai sepuluh tahun ...”. (Surah al-Rum 30:1–4) |