KEBERALIRAN LAMPAU | Keberaliran lampau ialah fenomena apabila logam tertentu, aloi dan tembikar mengalirkan elektrik tanpa rintangan. Keberaliran daripada logam dan aloi berlaku pada suhu hampir sifar mutlak, iaitu –273.15 ° C. Plumbum, raksa dan timah menjadi pengalir lampau yang baik pada suhu tersebut. Sesetengah tembikar menjadi pengalir lampau pada suhu setinggi –148 ° C. | UMUM | |
SEJARAH | Sejarah ialah kajian mengenai masa lampau manusia. Ahli sejarah mengkaji catatan mengenai kejadian masa lampau dan menyediakan catatan baru berdasarkan penyelidikan mereka. Catatan ini, seperti juga kejadian yang selalu berlaku juga dinamakan sejarah. Rencana ini membincangkan sejarah sebagai satu bidang kajian. Berkenaan maklumat tentang kejadian-kejadian dalam sejarah, lihat Dunia, Sejarah, dan bahagian Sejarah tentang pelbagai rencana berkenaan benua, bandar, negara dan provinsi. | UMUM | |
NORNS | Norns ialah tiga Nasib dalam mitologi Scandinavia . Mereka merupakan tiga orang adik- beradik perempuan: Urd (masa lampau), Verdandi (masa kini), dan Skuld (Masa Depan). Urd seorang yang tua dan memandang kepada masa lampau. Verdandi memandang tegak ke hadapan, iaitu kepada masa kini. Manakala Skuld mewakili masa hadapan, dan memandang ke arah bertentangan dengan Urd. Mengikut mitologi ini, nasib manusia dan dewa ditentukan oleh Norns. Orang Scandinavia awal mempercayai bahawa terdapat banyak lagi Norns yang lebih kecil, iaitu satu untuk setiap orang. | UMUM | |
ARKEOLOGI | Arkeologi ialah kajian saintifik tentang tinggalan budaya manusia pada zaman lampau. Ahli arkeologi menyelidik kehidupan manusia awal dengan mengkaji objek yang mereka tinggalkan. Objek ini termasuk bangunan, kerja seni, perkakas, tulang-belulang dan barang tembikar. Ahli arkeologi mungkin membuat penemuan yang menarik, seperti makam yang berisi emas atau runtuhan puing-puing kuil yang indah di tengah- tengah hutan. | UMUM | |
POWER HOUSE MUSEUM | Power House Museum di Sydney, Australia, mempamerkan barang-barang sains dan teknologi dari zaman lampau Australia. | UMUM | |
KALA | Kala ialah ciri kata kerja yang menunjukkan masa sesuatu perbuatan. Terdapat tiga pembahagian masa – kini, lampau dan depan (kelak). | UMUM | |
TAMADUN LEMBAH INDUS | Tamadun Lembah Indus adalah antara tamadun yang terbesar di dunia. Tamadun ini berkembang kira-kira 4500 tahun yang lampau dan bertapak di dataran sungai yang kini terletak dalam negara Pakistan dan di bahagian barat laut India. Tamadun ini dikenal juga sebagai Tamadun Harappa . Nama ini bersempena dengan nama bandar Harappa di Pakistan, iaitu tempat ahli arkeologi mula-mula menemui kesan tinggalan tamadun tersebut. | UMUM | |
PERAMALAN | Peramalan ialah amalan mencuba mengenal pasti peristiwa yang tidak diketahui melalui cara magik atau ghaib. Seorang peramal dianggap dapat mempelajari tentang masa lampau, masa kini, atau masa depan. Sesetengah peramal percaya mereka boleh tahu sebab-musabab berlakunya kejadian masa lalu, seperti penyakit atau kematian seseorang. Peramal lain, dikenali sebagai dowser, mendakwa mereka boleh menentukan tempat air berada di bawah tanah. Malah ada yang percaya mereka boleh meramalkan peristiwa, seperti bila seseorang akan meninggal dunia atau orang yang akan dikahwini oleh seseorang itu. | UMUM | |
MEMORI | Memori ialah kebolehan untuk mengingat sesuatu yang sudah dipelajari atau yang pernah dialami. Memori merupakan bahagian penting dalam proses pembelajaran. Jika kita tidak mengingati langsung tentang masa lampau, maka kita tidak akan dapat mempelajari sesuatu yang baru. Semua pengalaman kita akan hilang sebaik sahaja pengalaman tersebut berakhir dan setiap keadaan baru betul-betul merupakan suatu perkara yang asing. Tanpa memori kita akan mengalami pengalaman yang sama berulang kali untuk “pertama kalinya”. Kita juga akan kehilangan nikmat yang diberikan oleh memori kepada kehidupan – nikmat kenangan yang indah di samping kenangan yang menyedihkan. | UMUM | |
MENUHIN, SIR YEHUDI | Menuhin, Sir Yehudi (1916–1999), pemain violin Amerika yang sangat berbakat luar biasa semenjak kanak-kanak lagi. Dia menggalakkan gubahan muzik kontemporari serta menghidupkan semula muzik zaman lampau yang telah terpinggir tetapi bernilai. Dia menggabungkan gaya muzik klasik yang telah dipelajarinya pada peringkat awal, dengan muzik jaz, muzik dari India, serta dari negara-negara lain. | UMUM | |