LANDAK LAUT | | UMUM | |
LANDAK KECIL | | UMUM | |
LANDAK | | UMUM | |
IKAN LANDAK | | UMUM | |
TENREK | Tenrek ialah nama bagi lebih kurang 30 spesies mamalia kecil yang hidup terutamanya di Madagascar . Terdapat dua jenis utama, tenrek tikus kesturi dan tenrek landak . Spesies ini amat berbeza dari segi rupa dan habitatnya. Tenrek tikus kesturi mempunyai ekor yang panjang dan berbulu lembut. Tenrek landak mempunyai ekor yang pendek atau tidak berekor langsung, dan berduri keras bak jarum di belakangnya. Sesetengah tenrek hidup di atas pokok, sesetengahnya hidup di bawah tanah dan yang lain hidup di dalam air. | UMUM | |
TIKUS BULAN | Tikus bulan ialah nama bagi lima spesies mamalia pemakan serangga dari China dan Asia Tenggara. Tikus bulan, yang kadangkala dikenali sebagai landak tanpa spina, mempunyai muncung yang panjang dan ekor yang terbina dengan baik. Bulunya kasar. Tikus bulan besar adalah spesies yang terbesar, sebesar arnab. Ia biasanya berwarna hitam dengan kepalanya berwarna keputihan dan tanda mata hitam. Tikus bulan memakan serangga, cacing, krustasea, moluska, ikan dan mamalia yang lebih kecil. Pengelasan saintifik. Tikus bulan termasuk dalam order Insectivora, famili, Erinaceidae. Tikus bulan terbesar ialah Echinosorex gymnurus . | UMUM | |
EKINODERMA | Ekinoderma ialah nama umum haiwan laut tertentu yang berkulit tajam. Terdapat lebih kurang 5000 jenis ekinoderma. Tapak sulaiman, tapak sulaiman rapuh, bulu babi, landak laut dan timun laut adalah antara jenis yang paling biasa. | UMUM | |
MOKASIN | Mokasin ialah kasut lembut yang berbentuk seperti selipar. Mokasin dipakai oleh Orang Asli Amerika Utara. Mereka membuat mokasin daripada kulit rusa dan haiwan lain, dan menghiasinya dengan manik atau duri landak. Kasut ini tidak mempunyai tumit dan muat-muat dipakai. Kebanyakannya menutup buku lali. Sesetengahnya memanjang hingga ke lutut. | UMUM | |
IBRAHIM OMAR | IBRAHIM OMAR (1936- ), penulis. Dia lahir pada 17 Jun 1936, di Kampung Jeram Landak, Mela, Kuala Lipis, Pahang. Nama sebenarnya ialah Ibrahim bin Imam Omar. Dia pernah menggunakan nama samaran Suria sewaktu menulis puisi dan Al-Mali dan Malawi apabila menulis rencana politik dan sains. | SASTERA | Tokoh |