SRI LANKA | Sri Lanka ialah negara pulau di Lautan Hindi. Ia terletak kira-kira 32 kilometer dari pinggir laut tenggara India. Nama rasminya ialah Republik Sosialis Demokratik Sri Lanka. Negara ini dahulunya dikenali sebagai Ceylon. | UMUM | |
SASTERA SRI LANKA | Sastera yang diamalkan oleh masyarakat Sri Lanka. | SASTERA | Konsep |
BAHASA MELAYU SRI LANKA | BAHASA MELAYU SRI LANKA, bahasa yang dituturkan oleh orang keturunan Melayu di Sri Lanka. Walaupun disebut bahasa Melayu, bahasa ini sebenarnya tidak sama seperti bahasa Melayu baku yang digunakan di Malaysia atau di Indonesia | BAHASA | Konsep |
WAJAH SELONG | WAJAH SELONG, akhbar Melayu yang diterbitkan di Colombo, Sri Lanka. Akhbar ini dicetak dalam tulisan Jawi dan diterbitkan pada bulan April 1895. Wajah Selong diterbitkan pada masa yang sama dengan akhbar Jawi Peranakan (1876-1895) dan Pemimpin Warta (1897) yang menghentikan percetakannya. Penerbit dan pengedar Wajah Selong ialah Baba Ounus Saldin, seorang sasterawan Melayu yang terkenal di Sri Lanka. Dia juga bertanggungjawab menerbitkan akhbar Alamat Langkapuri yang juga bertulisan Jawi di Sri Lanka. Baba Ounus Saldin menulis dan mengatur semua kandungannya, Wajah Selong dicetak dengan cap batu dan litograf di pejabat percetakan kepunyaannya sendiri. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Penerbitan |
MINYAK SERAI WANGI | Minyak serai wangi ialah minyak kuning pucat yang dibuat daripada rumput serai wangi. Serai wangi tumbuh di China, Guatemala, Indonesia, Malaysia, Sri Lanka, Taiwan, dan negara-negara lain. Minyak serai wangi mengandungi citronellal dan geraniol. Kedua-dua bahan ini mempunyai takat didih yang berbeza, dan ia terasing daripada serai wangi apabila minyak ini disuling. Minyak serai wangi digunakan untuk membuat ramuan minyak wangi sintetik. Geraniol berbau seperti bau ros dan digunakan dalam pembuatan minyak wangi. | UMUM | |
KAYU HITAM | Kayu hitam ialah kayu keras berwarna hitam. Kayu ini boleh digilap sehingga merelap kilatnya. Pokok kayu hitam tumbuh di Jepun, Filipina, Hindia Timur, India, Sri Lanka, Madagascar, Afrika, Amerika Utara dan Amerika Selatan. | UMUM | |
KEKABU | Kekabu ialah serat bak kapas yang ringan, lembut dan berkilat. Ia terdiri daripada terutamanya selulos bahan tumbuhan. Kekabu datangnya daripada lenggai biji kekabu. Pokok kekabu tumbuh di Indonesia, Malaysia, Filipina, India, Sri Lanka, bahagian tropika Amerika dan Afrika. | UMUM | |
BANDARANAIKE,SIRIMAVO | Bandaranaike, Sirimavo (1916-2000), Perdana Menteri Sri Lanka (1960-1965), (1970-1977) dan (1994-2000). | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Bandar/Negeri/Negara/Tempat |
TEMIAR | TEMIAR, suku kaum Orang Asli daripada rumpun Senoi. Masyarakat ini dikenal juga dengan Tumior, Tummeor dan Tumia, dan dipercayai mempunyai pertalian dengan orang Sri Lanka dan India. Berasaskan bahasa Temiar yang merupakan salah sebuah bahasa Senoic dan serumpun dengan bahasa Mon-Khmer, ada pula pendapat yang mengatakan bahawa mereka berasal dari Indochina. Mengikut Jabatan Hal Ehwal Orang Asli (JHEOA), orang Temiar berjumlah 12 949 orang pada tahun 1990. Masyarakat ini terdapat di negeri Perak, Pahang dan Kelantan. | BUDAYA | Bangsa/Suku/Kaum |
KRIS | KRIS, pertubuhan politik semasa Perang Dunia Kedua. KRIS ialah singkatan Kesejahteraan Rakyat Indonesia Semenanjung. KRIS ditubuhkan pada tahun 1943 di Ceylon (kini Sri Lanka). Ahli KRIS terdiri daripada masyarakat Melayu Indonesia yang tinggal di sana. Mereka bekerja sebagai pelaut, pedagang kecil dan buruh di pangkalan tentera Belanda dan Inggeris. Pada pertengahan tahun 1945, cawangan KRIS ditubuhkan di Singapura. Walaupun panggilan ringkasnya tetap menggunakan akronim KRIS, tetapi nama pertubuhan ini sering berubah. Pada mulanya dikenal sebagai “Kesatuan Rakyat Indonesia Semenanjung”, kemudian diubah menjadi ‘Kesatuan Rakyat Istimewa’, dan ‘Kesatuan Rakyat Indonesia Istimewa’. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Institusi/Organisasi |