Olds, Ransom Eli (1864–1950) ialah pelopor Amerika dalam penciptaan dan pembuatan kereta. Dua buah kereta, Oldsmobile dan Reo (daripada kependekan namanya), diberi nama bersempena dengan namanya. Pada tahun 1886, dia mula membuat eksperimen dengan pedati yang digerakkan oleh kuasa wap di dalam kedai mesin bapanya di Lansing, Michigan. Kemudian, dia mencipta kereta wap empat roda yang dijualnya kepada sebuah firma di India pada tahun 1893. Ini merupakan kereta Amerika Syarikat yang pertama dijual ke luar negara. |