Sutcliff, Rosemary (1920–1992) ialah pengarang British yang masyhur sebagai penulis novel kanak-kanak. Cerita-ceritanya berlatarbelakangkan sejarah. Pada tahun 1960, dia menerima Pingat Carnegie Persatuan Perpustakaan British bagi bukunya The Lantern Bearers (1957). Antara karyanya yang popular termasuk The Queen Elizabeth Story (1950), The Chronicles of Robin Hood (1950), The Armourer’s House (1951), The Eagle of the Ninth (1954), Lady-in-Waiting (1956), The Sheild Ring (1956), The Silver Branch (1957), Warrior Scarlet (1958), The Rider of the White Horse (1959), dan Knight’s Fee (1960). Sutcliff lahir di Clandon Barat, Surrey, England. |