Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[la.nun] | لانون

Definisi : perompak laut, bajak laut; melanun merompak spt lanun (di laut); pelanunan perbuatan atau kegiatan melanun: ~ di perairan itu semakin menjadi-jadi. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[la.nun] | لانون

Definisi : perompak di laut. melanun merompak di laut. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
lanun (kata nama)
Bersinonim dengan perompak laut, bajak laut, penjenayah, penjahat.,


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
LANUN UMUM 
KIDD, WILLIAM

Kidd, William (1645?–1701), lanun Scotland

yang terkenal. Semasa muda, dia bekerja sebagai

kapten kapal bersenjata untuk Inggeris menentang

Perancis.

UMUM 
MORGAN, SIR HENRY

Morgan, Sir Henry (1635?–1688) ialah bajak

laut (lanun) Inggeris yang terkenal. Pada

zamannya, England dan Sepanyol berseteru dalam

perdagangan dan perebutan tanah jajahan.

Morgan menyerang kapal Sepanyol dan bandar-bandar

dalam tanah jajahan Sepanyol di Hindia

Barat, Amerika Tengah, dan Amerika Selatan. Pada

tahun 1671, dialah yang menyebabkan

kemusnahan Panama City, Panama, iaitu bandar

Sepanyol yang terbesar di Amerika Tengah.

UMUM 
ORANG VIKING

Orang Viking merupakan kaum pelaut yang

bangkit untuk menguasai utara Eropah pada zaman

pertengahan. Sejarah cenderung menggambarkan

mereka sebagai pahlawan dan lanun bengis yang

mengganas di Eropah sejak akhir tahun 700-an

hingga kira-kira tahun 1100. Walau bagaimanapun,

pada ketika itu kelasi Viking yang berani juga

menjelajah Lautan Atlantik Utara malah hingga ke

Amerika. Tindakan rompakan di laut dan

penjelajahan mereka ini telah menyebabkan zaman

ini dinamakan Zaman Viking dalam sejarah Eropah.

Sungguhpun demikian, orang Viking juga

merupakan pelukis, pencerita dan juga penyair yang

mempunyai bakat semula jadi.

UMUM 
SELKIRK, ALEXANDER

Selkirk, Alexander (1676–1721) ialah orang

Scotland yang terdampar di sebuah pulau yang

sunyi. Pengalamannya itu telah memberi ilham

kepada kisah Robinson Crusoe (lihat Robinson

Crusoe ). Ketika belayar di Laut Selatan pada tahun

1704 dalam satu ekspedisi lanun, Selkirk telah

bertengkar dengan kapten kapal. Atas

permintaannya sendiri, dia telah tinggal di salah

sebuah kepulauan di Juan Fernandez, kira-kira 640

kilometer ke barat Valparaiso, Chile. Dia tinggal

seorang diri di sana selama 52 bulan sehingga

Kapten Woodes Rogers menyelamatkannya. Kapten

itu mencatatkan pengalaman Selkirk dalam A

Cruising Voyage Around the World . Kapten

Edward Cooke pula memerikannya dalam A

Voyage to the South Seas dan Round the World .

Selkirk lahir di Largo, Fifeshire.

Lihat juga Juan Fernandez.

UMUM 
PERAMPASAN

Perampasan adalah melibatkan rampasan

kenderaan komersial secara paksaan atau melalui

ancaman. Sejak selama beberapa tahun, trak sering

dirampas dan kargo yang dibawanya dicuri. Kini,

perampasan banyak melibatkan kapal terbang

utama yang juga dikenali sebagai perampasan

kapal terbang udara atau lanun udara. Sejak akhir

tahun 1960-an perampas kapal terbang telah

merampas beberapa ratus kapal terbang.

Kebanyakan kes tidak melibatkan kematian.

Terdapat juga kes-kes perampasan kapal terbang

yang melibatkan penumpang terbunuh dan

kemusnahan kapal terbang. Sesetengah negara

mengenakan denda yang tegas kepada perampas

kapal terbang.

UMUM 
SANTIAGO DE CUBA

Santiago de Cuba (pend. 345 772) terletak di

kaki banjaran Sierra Maestra di pinggir laut

tenggara Cuba. Jauhnya 740 kilometer di tenggara

Havana. Untuk lokasi, lihat Cuba (peta politik).

Santiago ialah pusat industri perlombongan Cuba.

Ia juga pusat penghantaran besi, mangan, gula,

kopi dan tembakau. Kota Morro, salah sebuah

mercu tandanya, didirikan untuk mempertahankan

pelabuhannya daripada serangan lanun British, dan

Perancis. Pada tahun 1898, semasa Perang

Sepanyol-Amerika, angkatan laut Amerika Syarikat

telah memusnahkan sebahagian besar angkatan

laut Sepanyol berhampiran pelabuhan Santiago.

UMUM 
KOTA BELANDA

KOTA BELANDA, kota yang dibina oleh Belanda bagi mengatasi masalah gangguan lanun di sekitar  Lumut. Kota ini terletak di Pulau Pangkor, Perak dan dibina pada tahun 1670. Kota Belanda berukuran 3.5m persegi dan tingginya 6.7 m dan diperbuat daripada kayu. Pada tahun 1680, kota kayu ini digantikan dengan batu-bata.

SEJARAH DAN ARKEOLOGIBandar/Negeri/Negara/Tempat
MONTE CRISTO

Monte Cristo ialah pulau di Itali yang kecil tandus

di Laut Mediterranean. Untuk lokasi, lihat Itali (peta

rupa bumi). Keluasannya 10 kilometer persegi. Pada

zaman purba ia dikenali sebagai Oglasa. Ia menjadi

terkenal melalui novel Alexandre Dumas The

Count of Monte Cristo. Novel itu menceritakan

bagaimana hero menjumpai harta di pulau

tersebut. Sebahagian besar pulau ini ialah gunung

granit yang setinggi 610 meter di atas aras laut.

Pada suatu masa dahulu, para rahib Benedictine

mempunyai sebuah biara di Monte Cristo. Pada

tahun 1553, mereka meninggalkan tempat tersebut

kerana diserang lanun. Lebih daripada 300 tahun

kemudian kerajaan Itali cuba menubuhkan sebuah

petempatan banduan di Monte Cristo. Tetapi

rancangan ini tidak berjaya.

UMUM 
BENTANBENTAN, pulau yang terbesar di Kepulauan Riau, terletak di pintu masuk bahagian selatan ke Selat Melaka.  Pulau Bentan dikelilingi oleh batu karang dan sepanjang pantainya mendatar tetapi lebih cerun di bahagian pedalaman hingga mencapai ketinggian 1340 m.  Penduduk Bentan terdiri daripada Orang Laut dan mereka amat penting dalam bidang ekonomi di Sriwijaya, sebuah entrepot sekitar abad ke-7 M. Sebagai entrepot, Sriwijaya bertindak menghantar hasil-hasil laut ke pasaran Sriwijaya, mengawal jalan-jalan kapal daripada lanun dan menyediakan nakhoda dan pengemudi untuk kumpulan armada laut.  Pada abad ke-13, kejatuhan kerajaan Sriwijaya menjadikan Bentan lebih bebas.  Pada tahun 1323, Bentan menghantar dutanya ke China.SEJARAH DAN ARKEOLOGIBandar/Negeri/Negara/Tempat
12

Kembali ke atas