Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : ; melarang menahan drpd melaku­kan sesuatu, tidak membenarkan (meng­izinkan), menegah: bagaimanakah sesuatu undang-undang yg ~ penggunaan tenaga kanak-kanak dapat dijalankan? melarangkan menjadikan terlarang: Seri Rama ~ pekerjaan itu kpd kakandanya; terlarang tidak boleh dikerjakan, tidak di­benarkan, tertegah: perbuatan ~ di sisi agama hendaklah dijauhkan; larangan 1. sesuatu yg dilarang atau ter­larang: bagindalah yg meletakkan kekuning­an ~; seluruh kawasan hutan di keliling kam­pung itu adalah kawasan ~ belaka; 2. perintah melarang (sesuatu perbuatan), tegahan: ~ keluar rumah itu berlaku mulai hari Khamis ini; berlarangan mempunyai larangan, ada larangannya, terlarang: ~ saya menyebut namanya; pelarangan sesuatu yg dilarang, larangan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
 
larang
Rujuk :tegah

Puisi
 

Gunung Lingga berkarang-karang,
     Gunung beratur empat-empat;
Abang gila saya tak larang,
     Asal tentu dengan tempat.


Lihat selanjutnya...(4)

Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
PANTANG LARANG

PANTANG LARANG, segala peraturan yang berkaitan dengan pelbagai aktiviti orang Melayu yang dikenakan menurut kepercayaan sesebuah masyarakat terhadap anggotanya untuk tujuan tertentu.  Pantang larang ini diterima bersama oleh anggota masyarakat dan biasanya dikenakan isbat.

BUDAYAKonsep

Kembali ke atas