LARUT LESAP | Larut lesap, proses kimia yang berlaku kepada sesuatu bahan atau medium yang dilalui olah larutan akua. | GEOGRAFI DAN GEOLOGI | Proses/Tindak Balas |
BUKIT LARUT | Bukit Larut ialah kawasan peranginan tanah tinggi tertua di Malaysia. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Bandar/Negeri/Negara/Tempat |
MINYAK | Minyak. Sebarang bahan bergris yang tidak larut dalam air tetapi boleh dilarutkan dalam eter dikelaskan sebagai minyak. Terdapat pelbagai jenis minyak. Kebanyakannya lebih ringan daripada air dan menjadi cecair pada suhu bilik. Beberapa contoh minyak yang lain, seperti lemak haiwan dan lemak mentega, beku pada suhu bilik. | UMUM | |
SESIUM | Sesium ialah unsur logam lembut, berwarna keperakan. Garam sesium larut, seperti sesium karbonat dan sesium klorida, tersebar banyak dalam kepekatan rendah dalam air garam dan air mineral. Ahli sains Jerman, Robert Bunsen dan Gustav Kirchhoff mengesan sesium pada tahun 1860. Pada tahun 1882, ahli kimia Carl Setterberg mengasingkan logam tulen. | UMUM | |
MORDAN | Mordan ialah bahan kimia yang berpadu dengan pewarna untuk mencegahnya daripada mudah larut. Pewarna semata-mata mungkin luntur, tetapi sebatian yang terbentuk daripada pewarna dan mordan tidak akan luntur, dan dengan itu warnanya tahan lama. Mordan biasa termasuk garam kromium, ferum, aluminium, timah dan logam-logam lain. Ia adalah mordan bes atau mordan logam. Ia digunakan dengan pewarna asid dan juga pewarna langsung. Asid tanik, asid laktik dan asid oleik adalah lain-lain mordan biasa. Ia dikenali sebagai mordan asid, dan berpadu dengan pewarna. Sebatian mordan bes dengan pewarna dinamakan lak. Apabila alizarin, iaitu pewarna asid dimordankan dengan garam aluminium bes, ia mewarnakan kain kapas menjadi merah terang, yang dinamakan merah Turki . Lihat juga Lak (Pewarna). | UMUM | |
ARGENTUM NITRAT | Argentum nitrat ialah bahan kimia yang digunakan dalam ubat dan industri. Formula kimianya ialah AgNo 3 . Bahan kimia ini mudah larut dalam air. Ia boleh membakar kulit dan menyebabkan keracunan yang teruk atau mengakibatkan maut apabila terminum. Doktor menggunakan argentum nitrat untuk melecuhkan (bakar) luka bagi mengelakkan pendarahan atau jangkitan, dan untuk membuang kutil. Doktor menggunakan larutan argentum nitrat cair untuk merawat penyakit mata dan kulit yang tertentu, dan sebagai antiseptik. Sesetengah negara mengehendaki setiap bayi yang baru lahir dirawat dengan larutan argentum nitrat untuk mengelak daripada buta. | UMUM | |
PIGMEN | Pigmen ialah sejenis bahan berwarna dalam bentuk serbuk, yang memberikan warna kepada bahan lain. Ini dilakukan dengan mencampurkannya dengan bahan itu atau menyapu satu lapisan nipis pada permukaan bahan itu. Pigmen tidak larut tetapi kekal terampai dalam cecair apabila ia dicampurkan atau dikisar dalam cecair untuk membentuk cat. Bahan berwarna yang larut dalam cecair dan memberikan kesan warnanya dinamakan pencelup. Pelbagai kaedah mengecat berbeza daripada satu sama lain pada bahan yang disapu dengan warna tersebut. Tetapi pigmen yang digunakan adalah sama dalam semua jenis. | UMUM | |
NITRIT | Nitrit ialah sebahagian anion nitrit (NO 2 –) dan sesetengah unsur lain. Anion ialah ion bercas negatif. Nitrit tak organik adalah stabil dan larut dalam air. Kebanyakan nitrit organik dibuat daripada alkohol. Ia adalah tidak stabil apabila berada dalam asid, tetapi ia berada dengan stabil dalam larutan neutral dan beralkali lemah. | UMUM | |
KOLOID | Koloid ialah bahan yang terdiri daripada zarah seni satu bahan yang terserak (teragih), tetapi tidak larut dalam bahan lain. | UMUM | |
KELIAN PAUH | KELIAN PAUH, kawasan bijih timah yang terletak di daerah larut, Perak. Pada tahun 1840-an, Long Jaafar telah menemui endapan bijih timah di kawasan ini. Dia telah berusaha membuka lombong tersebut dengan meminjam modal daripada saudagar-saudagar di Pulau Pinang dan menggalakkan orang Cina daripada puak Hai San untuk melombongnya. Dengan kejayaannya ini, Long Jaafar mula mengumpulkan kekayaan dan pengaruh. Kedudukannya telah diiktiraf secara rasmi oleh Raja Muda Perak, Ngah Ali, dan pembesar-pembesar lain seperti Temenggung Panglima Bukit Gantang. Panglima Kinta, Syahbandar dan Seri Adika Raja, apabila mereka menandatangani sepucuk surat mengesahkan kedudukan Long Jaafar di Larut pada tahun 1850. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Bandar/Negeri/Negara/Tempat |