TASIK LUCERNE | Tasik Lucerne, menjadi latar beberapa pengembaraan patriot Swtizerland yang menjadi legenda, William Tell (lihat Tell, William ). Ia terletak di tengah Switzerland. Untuk lokasi Tasik Lucerne, lihat Switzerland (peta). Nama Jerman untuk tasik ini ialah Vierwaldstätter See , atau Tasik Empat Kanton Hutan . Empat buah kanton (negeri) yang berhutan – Lucerne, Schwyz, Uri dan Unterwalden – mengelilinginya. Tasik Lucerne meliputi kawasan seluas 114 kilometer persegi. Ia berbentuk seakan-akan salib. Tasik ini panjangnya 39 kilometer dan lebarnya tiga kilometer. | UMUM | |
STYRON, WILLIAM | Styron, William (1925– ) ialah penulis novel Amerika. Walaupun latar yang dipaparkan dalam fiksyennya berbeza, Styron lazimnya dikenali sebagai penulis Selatan. Prosa Sytron yang kerapkali amat berkesan dan teliti itu memperlihatkan pengaruh penulis Selatan, iaitu William Faulkner. | UMUM | |
AGEE, JAMES | Agee, James (1909–1955), penulis Amerika. Zaman kanak-kanaknya di Tennessee menjadi latar belakang novel pendeknya The Morning Watch (1951). A Death in the Family ialah novel puitis berdasarkan zaman kanak-kanaknya di Knoxville, tempat lahirnya. Karya tersebut diterbitkan pada tahun 1957. Ia memenangi Hadiah Pulitzer bagi fiksyen. Tad Mosel mengadaptasi novel tersebut menjadi skrip drama, All the Way Home (1960), yang kemudian memenangi Hadiah Pulitzer pada tahun 1961 bagi drama. | UMUM | |
SACKVILLE-WEST, VICTORIA MARY | Sackville-West, Victoria Mary (1892–1962) ialah penulis wanita Inggeris. Bukunya menggambarkan latar belakang keluarganya, daripada golongan bangsawan luar bandar. Dia sering dikenali sebagai Vita Sackville-West. Novelnya yang terkenal, The Edwardians (1930), menyelidik kehidupan kelas atasan orang Inggeris semasa pemerintahan Edward VII pada awal tahun 1900-an. Dengan berlatarbelakangkan kawasan luar bandar, buku tersebut cuba menggambarkan aspek sosial dan emosi pada masa tersebut. Dia juga menulis tentang kehidupan luar bandar dalam novel All Passion Spent (1931) dan The Dark Island (1934); dalam buku bukanfiksyen Country Notes (1939), English Country Houses (1941) dan In Your Garden (1951); dan dalam banyak puisi. Buku puisinya yang terkenal ialah The Land (1929). | UMUM | |
MAJOLICA | Majolica ialah sejenis tembikar yang disepuh dengan oksida timah untuk menghasilkan warna putih yang lembut. Kadang-kadang namanya dieja sebagai maiolica. Reka bentuk dicat pada latar belakang yang putih dengan oksida logam yang lain. Oksida-oksida ini mengubah berbagai-bagai warna pada latar belakangnya apabila tembikar itu dibakar. Majolica diberi nama sempena nama pulau Majorca, Sepanyol, tempat tembikar dieksport ke Itali. Pusat untuk menghasilkan tembikar ini berkembang di seluruh Itali. | UMUM | |
ORATORIO | Oratorio ialah gubahan muzik dramatik untuk penyanyi. Kebanyakan oratorio adalah berdasarkan cerita keagamaan. Ia dipersembahkan oleh penyanyi solo, korus dan satu orkestra tanpa sebarang lakonan, kostum atau latar belakang pentas. Penyanyi solo menggambarkan pelbagai watak dalam cerita, tetapi korus menonjolkan peranan utama. Walaupun tidak terdapat lakonan atau latar belakang, kesan teater seperti api dan ribut boleh dilakukan oleh penyanyi dan orkestra. Kebanyakan oratorio mempunyai seorang pencerita yang memperkenalkan penyanyi solo dan memberi maklumat lanjut tentang cerita. | UMUM | |
ORYX | Oryx ialah nama tiga spesies antelop yang hidup di kawasan gurun. Kesemuanya mempunyai bulu berwarna cerah yang berbaur dengan latar persekitarannya. Tompok-tompok gelap jelas kelihatan pada mukanya. Oryx tingginya sehingga satu meter pada paras bahu. | UMUM | |
OPAL | Opal ialah batu permata yang mengandungi warna-warna pelangi. Ia terdiri daripada silikon dan oksigen, iaitu unsur yang ditemui dalam pasir biasa. Warna latar opal mungkin hitam, biru, coklat, kelabu, atau putih. Opal mempamerkan warna yang berkilauan apabila terkena cahaya yang terang. | UMUM | |
TARTAN | Tartan ialah kain corak berpetak, plaid yang terdapat terutamanya di Scotland. Reka bentuknya mengandungi jalur yang pelbagai lebar dan warna. Jalur ini bersilang pada sudut tegak, dengan latar belakang yang mempunyai satu warna. Puak utama di Scotland mempunyai tartan mereka sendiri. Regimen Scotland juga menggunakan tartan. Di negara selain Scotland, perkataan tartan juga bermaksud kain atau pakaian yang mempunyai reka bentuk tartan. | UMUM | |
O'HARA, JOHN | O’Hara, John (1905–1970) ialah penulis novel dan cerpen Amerika. Dia terkenal kerana pemerhatiannya yang realistik tentang adab dan moral kelas menengah Amerika. O’Hara memaparkan latar beberapa buah novel dan ceritanya di bandar fiksyen Gibbsville, Pennsylvania. | UMUM | |