AWANGKU MERALI PENGIRAN MOHAMED | AWANGKU MERALI PENGIRAN MOHAMED (1954 - ), penulis. Dia lahir pada 18 Ogos 1954 di Lawas, Bahagian Limbang, Sarawak. Awangku Merali mula bersekolah di Sekolah Rendah Kerajaan Dato’ Muhammad, Trusan, Limbang, dan lulus Darjah Enam pada tahun 1967. Dari tahun 1968 hingga tahun 1970, dia belajar di Sekolah Menengah Lawas, kemudian melanjutkan pelajarannya di Sekolah Menengah Limbang, hingga lulus Senior Cambridge pada tahun 1972. Setelah itu dia meneruskan persekolahannya di Kolej Tun Datuk Patinggi Tuanku Haji Bujang, Miri, Sarawak (1973 – 1974). | SASTERA | Konsep |
RAJA KECIL | RAJA KECIL ( ? -1746), Sultan Johor-Riau (1718-1722). Baginda menduduki takhta kerajaan Johor pada tahun 1718 dengan memakai gelaran Sultan Abdul Jalil Rahmat Syah. Menurut <I style="mso-bidi-font-style: normal">Sejarah Melayu,I> Raja Kecil mendakwa baginda adalah putera Sultan Mahmud (Marhum Mangkat Dijulang) dan ibunya, Encik Pong. Raja Kecil dibesarkan di istana Minangkabau. Baginda mendapat kebenaran daripada Puteri Jamilan mengembara ke Tambang, Limon, Batanghari, Palembang, Johor, Lawas, Siantan, Bangka dan akhirnya pulang semula ke Minangkabau. Ketika berada di Lawas, Raja Kecil berkahwin dengan anak Dipati Mata Kucing. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Tokoh |
DATUK BATUAH | DATUK BATUAH (? -1950-an), ulama dan pemimpin politik Indonesia. Nama sebenarnya ialah Ahmad Chatib. Dia memegang jawatan tradisi sebagai penghulu adat dari Koto Lawas (Padang Panjang) dan mendapat pendidikan agama daripada Syekh Haji Abdul Karim Amrullah. Dia ialah salah seorang pelopor penubuhan pembaharuan sistem pengajaran Islam dan pelopor Sekolah Agama Sumatera Thawalib. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Tokoh |
KEDAYAN | KEDAYAN, salah satu suku peribumi yang terdapat di Sabah, Sarawak dan Negara Brunei Darussalam. Di Sabah, kebanyakan masyarakat Kedayan tinggal di daerah Sipitang, Beaufort dan Wilayah Persekutuan Labuan. Di Sarawak, masyarakat Kedayan tinggal di daerah Lawas, Limbang dan Miri. Mengikut sumber lisan, orang Kedayan dipercayai berasal dari Indonesia. Setelah beberapa abad menetap di Brunei, mereka berhijrah ke Sabah dan Sarawak disebabkan peluasan kekuasaan Kesultanan Melayu Brunei ke wilayah Sabah dan Sarawak. | BUDAYA | Bangsa/Suku/Kaum |
SENJATA API GATLING | Senjata api Gatling merupakan mesingan tembakan laju praktikal yang pertama dicipta. Ia dicipta oleh Richard Jordan Gatling (1818–1903) seorang pencipta Amerika Syarikat dalam bidang peralatan pertanian. Gatling memperoleh paten senjata api ini pada tahun 1862 bagi kegunaan semasa Perang Saudara Amerika (1861–1865). Ia mengandungi sepuluh laras yang berputar dengan pantas di sekeliling aci pusat dengan menggunakan engkol kendalian tangan. Setiap lawas dapat diisi melalui graviti, tembakan dan berputar untuk memberi laluan kepada laras berikutnya. Model senjata api yang diperbaik menjadi peralatan piawai bagi Tentera dan Tentera Laut Amerika Syarikat semasa Perang Sepanyol-Amerika pada tahun 1898. Senjata api Gatling moden adalah peralatan piawai dalam angkatan tentera banyak negara. Lihat Mesingan. | UMUM | |
MANDAILING | MANDAILING, suku kaum Batak di Pulau Sumatera, Indonesia. Nama Mandailing berasal daripada perkataan ‘Mandala Holing’. Pada zaman dahulu, Manda Holing adalah sebuah kerajaan yang meliputi daerah Portibi di Padang Lawas hingga ke Pidoli dan Mandailing. Pusat pentadbiran kerajaan asalnya di Portibi, kemudian dipindahkan ke Piu Delhi (yang dikenal sebagai Pidoli) atas desakan kerajaan Majapahit. | BUDAYA | Bangsa/Suku/Kaum |
BISAYA | BISAYA, suku kaum peribumi di Kepulauan Borneo. Mereka terdapat dalam beberapa kelompok kecil di sekitar Teluk Brunei, Beaufort, Weston, Sipitang, Sindumin, Merapok, Padas, Lembah Sungai Kelias serta Pulau Labuan di Sabah. Di Sarawak, mereka bertumpu di sekitar Lembah Sungai Limbang (Lubuk Lasas hingga Merasam), Sungai Lawas dan Sungai Trusan, sepanjang pantai Miri dan Niah hingga ke Lembah Rejang dan Ulu Baloi di Bahagian Keempat, dan Batu Blah (Tutoh) di Baram di Bahagian Ketiga, Sarawak. Di Brunei, mereka menetap di sekitar Tutong dan Belait. Di Filipina pula, sebahagian besar mereka mendiami kawasan Kepulauan Visaya. | BUDAYA | Bangsa/Suku/Kaum |
PANAI | PANAI, kerajaan Melayu kuno di Sumatera Utara, Indonesia. Daripada catatan prasasti, Raja Rajendra Chola dari India Selatan pernah menyerang kerajaan Sriwijaya dan Kadaram pada tahun 1023. Setelah itu dia menyerang Panai. Dalam prasasti tersebut tidak disebut siapa Raja Panai yang telah ditaklukinya. DaIam <I style="mso-bidi-font-style: normal">NagarakartagamaI>, kerajaan Panai dikatakan sebagai jajahan taklukan Majapahit yang menyerangnya pada tahun 1365. Tinggalan kerajaan itu berupa biara terdapat di Padang Lawas. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Bandar/Negeri/Negara/Tempat |