Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : 1. kering dan kecut (daun, bunga, dll), tidak berseri atau tidak segar lagi, lisut: kajang orang kajang berlipat, kajang saya mengkuang ~; 2. ki pucat dan lesu (orang), tidak bergaya, tidak sihat, merana: gadis tua yg sudah ~; ~ bunga (barang yg) sudah lama tetapi masih elok (kain dll); ~ malap Kl terlalu letih; dianjak ~, dibubut (dianggur) mati = diasak (pindah) ~, dicabut mati prb keputusan yg muktamad (tidak dapat diubah-ubah lagi); melayukan menyebabkan jadi layu (melayur­kan, menganggurkan, dll): bilamana bunga itu hendak menjadi putik maka datang sahaja panas matahari ~ bunga itu; layu-layuan 1. sesuatu yg layu; 2. = padi ~ Mn padi yg telah mulai kering; kelayuan 1. keadaan layu; 2. = layuan ki kemangkatan (raja). (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : 1 kering dan kecut (bkn daun, bunga dll); tidak segar lagi: Pd musim panas ini, tanam-tanaman saya habis ~. 2 ki pucat dan tidak bermaya; tidak sihat: Gadis itu kelihatan ~ kerana sakit. ~ bunga sudah agak lama tetapi masih baik (ttg kain). melayukan menyebabkan layu: Cahaya matahari yg terik dpt ~ tanam-tanaman. kelayuan 1 keadaan layu. 2 menjadi layu. 3 ki kemangkatan raja-raja. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
layu (adjektif)
Bersinonim dengan lisut, kering, kecut;,

Puisi
 

Kalau begitu rupanya padi,
     Namun mengindang layu-layu;
Kalau begitu rusuhnya hati,
     Mahu menumpang biduk lalu.


Lihat selanjutnya...(50)
Peribahasa

Bunga layu kembang semula.

Bermaksud :

Orang tua yang bersolek seperti orang muda.

 

Lihat selanjutnya...(19)


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
KELAYUAN

Kelayuan pada tumbuhan, ialah keadaan apabila

daun dan batangnya melentuk dan mati. Ia

biasanya adalah gejala penyakit tumbuhan yang

menyebabkan sel-selnya musnah. Tumbuhan akan

layu jika kekurangan air. Bakteria penyakit yang

menyebabkan kelayuan akan menyumbat saluran

yang membawa air pada tumbuhan. Banyak kulat

yang menyerang tumbuhan boleh meyebabkan

kelayuan, kadangkala dengan merembes racun ke

dalam tisu tumbuhan.

UMUM 
MAKANAN CELUR

MAKANAN CELUR, makanan yang dimasak di dalam air panas atau air sedang menggelegak dalam waktu yang singkat sehingga bahan itu layu dan kemudian diangkat. Bahan-bahan makanan yang dicelur umumnya terdiri daripada sayur-sayuran.

BUDAYAMakanan
KEMARAU

Kemarau ialah keadaan yang berlaku apabila

purata hujan bagi sesuatu kawasan turun jauh di

bawah amaun normal bagi tempoh yang lama.

     Anak sungai, kolam, perigi sering kali kering

semasa kemarau. Bekalan air untuk kegunaan

pertanian, perindustrian dan persendirian

berkurangan dengan banyak. Biasanya tanah atas

yang kering dan berderai terbang ditiup angin panas

kering (lihat Ribut debu). Di kawasan yang tidak diairi

kekurangan hujan menyebabkan tanaman ladang

menjadi layu dan haiwan ternakan mati.

UMUM 

Kembali ke atas