Tanda kebakaran ialah plat logam yang digunakan oleh syarikat insurans British yang biasanya dipasang pada bangunan yang diinsuranskan untuk kebakaran. Setiap syarikat menyelenggarakan bomba masing-masing untuk menyelamatkan harta yang diinsuranskan oleh syarikat berkenaan. Sekiranya bomba sesebuah syarikat insurans tiba di tempat kebakaran dan mendapati bahawa bangunan berkenaan diinsuranskan kepada syarikat lain, pihak bomba tidak akan memadamkan kebakaran tersebut. Tanda kebakaran diperbuat daripada plumbum, kuprum atau besi. Tanda ini dipasangkan pada bahagian hadapan bangunan yang diinsuranskan, biasanya di antara tingkap tingkat pertama. Tanda ini menunjukkan nama atau simbol syarikat dan banyak tanda ini mempunyai reka bentuk yang berlebih-lebihan. Tanda ini pertama kali digunakan pada tahun 1660-an selepas Kebakaran Besar London. |