Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[le.cur] | لچور

Definisi : ; melecur melepuh (spt kulit kena air panas), mengelupas, menggelembung dan berair (kulit): tidak dapatlah dikatakan dahsyatnya kesakitan yg dideritanya, badan­nya ~ seluruhnya; melecuri menjadikan sesuatu lecur: asap industri menggelapkan ruang angkasa dan ~ tumbuh-tumbuhan; melecurkan menyebabkan jadi melecur (dgn menjiruskan air panas dll). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[le.cur] | لچور

Definisi : layu (daun dll). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[le.cur] | لچور

Definisi : ; melecur mengelupas (spt kulit kena air panas); menggelembung dan berair (ttg kulit); melepuh: Kulit tangannya ~ kerana terkena minyak panas. melecurkan menyebabkan menjadi melecur. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[le.cur] | لچور

Definisi : layu (bkn daun, tanam-tanaman dll). (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
lecur
Kata Terbitan : melecur,


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
SELARAN MATAHARI

Selaran matahari ialah keradangan kulit yang

menyakitkan disebabkan oleh pendedahan yang

berlebihan kepada cahaya matahari. Keadaan ini

mungkin hanya merupakan sedikit kemerahan pada

kulit, yang hilang dalam masa beberapa jam, atau

bengkak, lecur, dan kemerahan yang teruk pada

kulit, yang mengelupas sebelum ia sembuh. Selaran

yang teruk boleh menyebabkan rasa sejuk, pitam,

demam, dan lemah. Pendedahan yang

berpanjangan dan berulang-ulang kepada cahaya

matahari boleh juga menyebabkan ketuaan kulit

sebelum masanya dan kanser kulit.

UMUM 

Kembali ke atas