Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[lé.dang] | ليدڠ

Definisi : (lédang) sl warna putih kekuning­-kuningan (spt awan disinari matahari). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[lé.dang] | ليدڠ

Definisi : (lédang) Jw ark; meledang menunjuk­ nunjukkan diri, memperagakan diri. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata ledang

Puisi
 

Gunung Ledang nampak berbalam,
     Tempat berkelah anak Belanda;
Kalau diperiksa hati di dalam,
     Tentu terkilas apa yang ada.


Lihat selanjutnya...(12)

Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
PUTERI GUNUNG LEDANGPUTERI GUNUNG LEDANG, puteri legenda. Dia dipercayai berketurunan jin dan tinggal di puncak gunung Ledang, Johor.  Kisah puteri ini telah menjadi legenda bagi masyarakat Melayu di Malaysia. Cerita tentangnya terdapat dalam bentuk lisan yang disampaikan di kalangan masyarakat setempat dalam bentuk tulisan seperti dalam  Sejarah Melayu.  Orang Melayu percaya puteri ini wujud, oleh itu pertuturan dan tingkah laku hendaklah dijaga jika mahu mendaki gunung tersebut. Jika tidak dipatuhi, dipercayai orang itu akan ditimpa sesuatu bencana.BUDAYAKonsep
GUNUNG LEDANGGUNUNG LEDANG, gunung yang menjadi legenda dalam masyarakat Melayu. Gunung ini terletak di daerah Tangkak, Johor. Ketinggiannya ialah 1273.45 m.SEJARAH DAN ARKEOLOGIBandar/Negeri/Negara/Tempat

Kembali ke atas