Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[léf.te.nan] | ليفتنن

Definisi : (léftenan) 1. pangkat pegawai tentera bertauliah yg rendah sedikit drpd kapten; 2. pegawai rendah (bertauliah) dlm tentera laut; ~ jeneral (pangkat) pegawai bertauliah di bawah jeneral dan di atas mejar jeneral (dlm angkatan tentera); ~ kolonel (pangkat) pegawai bertauliah di bawah kolonel dan di atas mejar (dlm angkatan tentera); ~ komander pegawai kanan bertauliah dlm tentera laut di bawah komander dan di atas leftenan (setaraf dgn mejar dlm tentera darat dan udara); ~ muda pangkat yg paling rendah dlm tentera (bagi pegawai yg bertauliah). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[léf.te.nan] | ليفتنن

Definisi : /léftenan/ 1 (pangkat) pegawai tentera bertauliah yg rendah sedikit drpd kapten: ~ jeneral (pangkat) pegawai tentera di bawah jeneral; ~ kolonel (pangkat) pegawai tentera yg tinggi sedikit drpd mejar; ~ muda (pangkat) pegawai tentera bertauliah yg paling rendah. 2 (pangkat) pegawai tentera laut yg tinggi sedikit drpd naib leftenan. ~ komander pegawai kanan bertauliah dlm Tentera Laut di bawah komander dan di atas leftenan (setaraf dgn mejar dlm Tentera Darat dan Tentera Udara). (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata leftenan


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
SERPIHAN PELURU

Serpihan peluru ialah sejenis kelongsong

peluru meriam yang dicipta oleh Leftenan

(kemudiannya Leftenan Jeneral) Henry Shrapnel

(1761–1842). Kelongsong peluru ini mengandungi

sejumlah bebola dan serbuk peletup yang

memecahkan kelongsong peluru. Tentera

British menggunakan peluru pertama jenis ini di

Surinam pada tahun 1804. Semasa Perang Dunia I

(1914–1918), serpihan peluru ini dianggap peluru

pembinasa anggota yang paling boleh diharapkan

dan berkesan. Semenjak Perang Dunia II (1939–

1945), perkataan ini biasanya merujuk kepada

serpihan keluli pembalut kelongsong peluru

meriam yang dilontar melalui letupan, walaupun

sesetengah jenis kelongsong peluru yang dipenuhi

dengan serpihan keluli masih digunakan. Lihat juga

Meriam; Peluru.

UMUM 
LEFTENAN ADNAN

LEFTENAN ADNAN (1915 – 1942),  perajurit tanah air. Dia lahir di Kampung Sungai Ramal, Kajang, Selangor. Ibu bapanya berasal dari Bukittinggi, Sumatera Barat (Minangkabau), Indonesia dan telah menetap di Kampung Sungai Ramal, Kajang, Selangor. Dia memperoleh pendidikan formalnya di Sekolah Melayu Kampung Sungai Ramal hingga lulus Darjah Lima. Bagi menambahkan ilmu pengetahuannya dia memasuki Sekolah Agama di Jenderam selama dua tahun.

SEJARAH DAN ARKEOLOGITokoh
EICHMANN, ADOLF

Eichmann, Adolf (1906–1962), leftenan

kolonel dalam polis rahsia Nazi Jerman, telah

disabitkan dan dihukum kerana peranannya dalam

membunuh kira-kira enam juta orang Yahudi

semasa Perang Dunia II.

UMUM 
ARTHUR, SIR GEORGE

Arthur, Sir George (1784–1854) ialah leftenan

gabenor Van Diemen’s Land (kini Tasmania) dari

tahun 1824 hingga tahun 1836. Dia menyokong

pengangkutan dan mencuba mentadbirkan tanah

jajahannya sebagai petempatan penjenayah. Dia

tidak mempedulikan hak politik peneroka bebas

dan sering kali menyebabkan mereka

memusuhinya. Dia tidak suka akan kritikan dan

mencuba menapis akhbar apabila dasar-dasar dan

pentadbirannya diserang melalui akhbar. Pada

tahun 1825, Van Diemen’s Land menjadi koloni

yang terpisah daripada New South Wales dan

mempunyai Majlis Perundangannya sendiri. Arthur

mendirikan sebuah perkhidmatan awam yang

cekap dan banyak berusaha menumpaskan

perompakan di tanah jajahan tersebut.

UMUM 
YARRA

Yarra ialah sekoci Australia yang diketuai oleh

Leftenan Komander R.W. Rankin. Semasa

mengiringi sebuah konvoi ke Australia, semasa

Perang Dunia II (1939–1945), ia bertembung dengan

tiga buah kruiser dan dua buah kapal pembinasa

Jepun di selatan pulau Jawa pada 4 Mac 1942.

UMUM 
PROJEK MANHATTAN

Projek Manhattan diwujudkan oleh kerajaan

Amerika Syarikat pada tahun 1942 untuk

menghasilkan bom atom yang pertama.

Agensi rasmi yang menghasilkan bom tersebut ialah

Corps of Engineers’ Manhanttan Engineer District

yang diperintah oleh Mejar (kemudiannya Leftenan)

Jeneral Leslie R. Groves. Ahli fizik J. Robert

Oppenheimer memberikan arahan tentang reka

bentuk dan pembinaan bom tersebut.

Aktiviti perindustrian dan penyelidikan berlaku di

tapak-tapak seperti Los Alamos, New Mexico, Oak

Ridge, Tennessee dan Hanford, Washington.

UMUM 
PERTEMPURAN CONCORD

Pertempuran Concord berlaku pada 19 April

1775, menandakan pertempuran yang kedua antara

kumpulan patriot dengan pihak Inggeris dalam

Revolusi Amerika. Peperangan ini mula meletus

berhampiran Lexington, Massachusetts. Semasa

musim sejuk sebelumnya, orang Amerika telah

mengumpul bekalan ketenteraan sebagai persiapan

jika berlakunya peperangan. Kerajaan Inggeris

mengarahkan ketua turus angkatan tenteranya di

Boston , Leftenan Jeneral Thomas Gage, untuk

memusnahkan simpanan bekalan di Concord. Pada

malam 18 April, Gage menghantar 700 orang tentera

di bawah pimpinan Leftenan Kolonel Francis Smith

untuk melaksanakan arahan ini. Tetapi, Paul Revere

dan William Dawes memberi amaran kepada

penduduk di kawasan itu bahawa tentera Inggeris

sedang mara.

UMUM 
SITTING BULL

Sitting Bull (1834?–1890) ialah dukun dan

pemimpin Orang Asli Amerika Hunkpapa Sioux

yang terkenal. Banyak orang yang menyangka

bahawa dialah yang mengetuai Orang Asli dalam

pertempuran Little Bighorn di Montana pada

25 Jun 1876. Dalam pertempuran ini, Leftenan

Kolonel George Custer meninggal dunia.

Sebenarnya, Sitting Bull bertindak hanya sebagai

dukun utama dalam persediaan menghadapi

pertempuran tersebut. Pada tahun sebelumnya,

dia menerima visi bahawa semua musuh akan

jatuh ke tangannya. Pada musim bunga tahun 1876,

Sitting Bull mengetuai tarian matahari sambil

memberitahu Orang Asli supaya mengubah cara

mereka berperang. Daripada menunjuk-nunjuk

untuk membuktikan keberanian mereka hendaklah

berlawan untuk, membunuh, atau tanah mereka

akan jatuh ke tangan orang kulit putih. Taktik baru

ini membawa kepada terhapusnya Custer dan

tenteranya.

UMUM 
PERRY

Perry ialah nama keluarga dua adik-beradik yang

menjadi pegawai tentera laut Amerika Syarikat

yang masyhur.

Oliver Hazard Perry (1785–1819), menjadi

terkenal kerana keperwiraannya semasa Perang

1812 antara Amerika Syarikat dengan Great Britain.

Semasa perang meletus, dia seorang leftenan

tentera laut tanpa pemerintahan laut. Perry

menawarkan khidmatnya di Tasik-tasik Besar dan

dia menjadi pemerintah angkatan laut Tasik Erie.

UMUM 
NORIEGA, MANUEL ANTONIO

Noriega, Manuel Antonio (1934– ) ialah ketua

tentera yang berkuasa di Panama dari tahun 1983

hingga tahun 1989. Pada bulan Disember 1989,

Presiden Amerika Syarikat, George Bush telah

mengarahkan tenteranya ke Panama. Menurut Bush,

tenteranya dihantar atas tindak balas pembunuhan

leftenan tentera marin Amerika Syarikat oleh tentera

Panama , dan hukuman atas perdagangan dadah oleh

Noriega. Pada Januari 1990, Noriega menyerah diri

kepada pegawai Amerika Syarikat dan dibawa ke

Amerika Syarikat untuk perbicaraan.

UMUM 
12

Kembali ke atas