Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[le.la.bah] | للابه

Definisi : labah-labah. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[le.la.bah] | للابه

Definisi : beberapa jenis serangga berkaki lapan yg menangkap mangsanya dgn menggunakan sarangnya, spt Liphistius malayanus, Heteropoda venatoria, dan Nephila maculata. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata lelabah


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
ARAKNID

Araknid ialah ahli kelas haiwan darat yang kecil

bak serangga. Araknid yang terkenal ialah lelabah,

kutu, hama, kala jengking dan harvestmen. Tidak

seperti serangga, araknid tidak mempunyai kepak.

Badannya terbahagi kepada dua bahagian utama,

iaitu abdomen dan sefalotoraks , yang terdiri

daripada kepala dan toraks yang bercantum sekali.

Bagaimanapun, serangga mempunyai tiga

bahagian utama badan: kepala, toraks dan

abdomen. Araknid mempunyai empat pasang

kaki, tetapi tidak mempunyai sesungut. Serangga

mempunyai sesungut, tetapi hanya mempunyai

tiga pasang kaki.

UMUM 
ARACHNE

Arachne ialah seorang penenun yang mahir

dalam mitologi Yunani. Dia suka bercakap besar

bahawa dia boleh menenun kain yang lebih cantik

daripada yang ditenun oleh Athena, dewi seni dan

kraf tangan. Athena menerima cabaran Arachne

untuk menyertai pertandingan menenun. Athena

menenun dewangga yang menggambarkan

manusia dihukum oleh dewa kerana keangkuhan

mereka. Karya Arachne menunjukkan kelakuan

tidak senonoh dewa dan dewi. Apabila Athena

melihat karya Arachne secantik karyanya, dia pun

mengoyakkan kain itu. Apabila Arachne cuba

menggantung dirinya, Athena berasa kasihan lalu

menukarkannya menjadi seekor lelabah.

Kemahiran Arachne masih bertahan dalam

memintal sarang oleh lelabah.

UMUM 

Kembali ke atas