PLINY | Pliny ialah nama keluarga bagi seorang bapa saudara dan anak saudara lelakinya yang menjadi penulis terkenal di zaman Rom. | UMUM | |
MILL | Mill ialah nama keluarga bagi tiga orang penulis Inggeris yang terkenal – bapa, anak lelakinya, dan isteri kepada anaknya. Mereka mencapai kecemerlangan dalam bidang falsafah, sejarah, psikologi, dan ekonomi. | UMUM | |
OTTO | Otto ialah nama tiga orang raja dan maharaja Jerman, iaitu bapa, anak dan cucu lelakinya. Keseluruhan pemerintahan mereka bermula dari tahun 936 M. hingga tahun 1002. | UMUM | |
OWEN | Owen ialah nama keluarga dua orang ahli teori sosial yang terdiri daripada bapa dan anak lelakinya. | UMUM | |
SIEMENS | Siemens ialah nama keluarga bagi dua orang saudara lelaki pencipta dan usahawan dari Jerman. Werner von Siemens (1816–1892) membina talian telegraf di Jerman, Rusia dan negara-negara Eropah lain. Dia bersama-sama saudara lelakinya, membina landasan kereta api elektrik dan lampu elektrik, dan membantu memasang kabel telegraf laut dalam yang awal. Semasa berkhidmat di bahagian kejuruteraan tentera Prussia, Siemens mencipta dan menambahbaikkan proses penyaduran elektrik. Kemudian, dia mereka cipta dinamo yang digunakan oleh saudara lelakinya untuk mengendalikan landasan kereta api. Ernst Werner von Siemens lahir di Lenthe berhampiran Hanover, Jerman. | UMUM | |
KELUARGA WYSS | Keluarga Wyss, menulis The Swiss Family Robinson, cerita pengembaraan kanak-kanak yang popular berkenaan dengan keluarga yang mengalami nahas kapal. Johann David Wyss (1743– 1818) ialah pastor Switzerland, yang mereka cerita tersebut untuk diberitahu kepada empat orang anak lelakinya yang masih kecil. Dia menulis untuk keluarganya dan melukis ilustrasi bersama-sama anak lelakinya Johann Emanuel (1782–1837). Beberapa tahun kemudian, seorang anak lelakinya yang lain, Johann Rudolf (1781–1830) menemui semula cerita tadi. Dia menyemaknya dan menerbitkannya pada tahun 1812 dan tahun 1813. Dia dan ayahnya kadangkala dianggap sebagai pengarang kisah tersebut. | UMUM | |
MENELAUS | Menelaus, raja Sparta, ialah suami kepada Helen of Troy. Paris, putera Trojan, berjaya meyakinkan Helen untuk melarikan diri bersamanya ke Troy. Menelaus bersama saudara lelakinya, Agamemnon, mengumpulkan askar dan menyerang Troy. Selepas 10 tahun, mereka menawan bandar tersebut dan Menelaus berjaya menemui semula Helen. Mereka berdua mengembara selama lapan tahun dan akhirnya sampai di Sparta. Lihat juga Helen of Troy. | UMUM | |
PSYCHE | Psyche ialah seorang puteri dalam mitos purba. Dia begitu cantik sehingga orang berpaling memujanya, dan bukannya Venus, dewi cinta. Venus menjadi marah, lalu menghantar anak lelakinya, Cupid (Cinta) untuk menghukumnya. Walau bagaimanapun, Cupid jatuh cinta kepada Psyche dan melarikannya ke istana dunia pari- parinya yang diperbuat daripada emas dan batu permata. Cupid mengunjungi Psyche hanya pada malam hari sahaja dan memberitahunya bahawa sekiranya dia melihat Cupid dalam cahaya, dia terpaksa meninggalkan Psyche untuk selama- lamanya. Tetapi Psyche, selalu digesa oleh saudara- saudara perempuannya yang zalim, pada suatu malam menyalakan lampu untuk melihat Cupid semasa dia sedang tidur. Cupid terjaga dan meninggalkan Psyche. | UMUM | |
THOMPSON, SIR JOSEPH JOHN | Thompson, Sir Joseph John (1856–1940) ialah ahli fizik British yang menerima Hadiah Nobel tahun 1906 bagi bidang fizik kerana penemuannya tentang elektron. Pada tahun 1937, Sir George Paget Thomson, anak lelakinya dan juga muridnya, berkongsi Hadiah Nobel bagi bidang fizik dengan Clinton Davisson, ahli fizik Amerika. | UMUM | |
PERRAULT, CHARLES | Perrault, Charles (1628–1703), penulis Perancis, dikenali ramai kerana buku cerita dongeng yang dikumpulkannya, iaitu Tales of Mother Goose . Kumpulan cerita dongeng ini yang diterbitkan di bawah nama anak lelakinya pada tahun 1697 termasuklah “ Sleeping Beauty ”, “ Little Red Riding Hood ”, “ Bluebeard ”, “ Puss in Boots” , “ Cinderella ”, dan “ Tom Thumb ”. Lihat Mother Goose. | UMUM | |