Slovak ialah orang Slav yang merupakan sebahagian besar penduduk Slovakia. Menjelang tahun 400-an, M., leluhur kaum Slovak menetap di negara yang kini dikenali sebagai Slovakia. Pada tahun 800-an, Slovak merupakan sebahagian daripada Empayar Moravia Besar. Kaum Magyar (orang Hungary) menawan Slovakia lebih kurang pada tahun 900 dan memerintah orang Slovak selama 10 abad berikutnya. Di bawah pemerintahan Hungary, kaum Slovak mengekalkan bahasa mereka sendiri tetapi tidak pernah menganggap diri mereka sebagai kaum yang berasingan sehinggalah pada tahun 1800-an. |