LEMON | | UMUM | |
ASID SITRIK | Asid sitrik ialah asid organik biasa yang memberi rasa masam pada buah lemon, limau dan buah-buahan sitrus yang lain. Jus lemon mengandungi 6 hingga 7 peratus asid ini. Nama sitrik berasal daripada perkataan Latin citrus yang bermakna pokok sitron (sama dengan pokok lemon dan pokok limau nipis). Carl Wilhelm Scheele, ahli kimia Sweden adalah orang pertama yang mengasingkan asid sitrik daripada jus lemon pada tahun 1784. | UMUM | |
SITRON | Sitron ialah buah yang besar, biasanya masam kelihatan seperti lemon. Ia adalah antara buah sitrus yang terbesar. Pokok sitron tumbuh liar di timur laut India. Ia juga ditanam secara komersial di Corsica, Greece, Israel dan selatan Itali, dan buahnya dieksport ke negara-negara lain. Pokok sitron yang berduri mempunyai daun sepanjang 10 hingga 18 sentimeter. Tepi daunnya bergerigi sedikit. | UMUM | |
MINUMAN RINGAN | Minuman ringan ialah minuman tanpa alkohol, berperisa, yang disediakan dengan air bergas. Minuman ini dinamakan ringan untuk membezakannya daripada minuman keras (beralkohol). Minuman ringan juga dinamakan sebagai pop soda, soda, atau pop. Kola adalah minuman ringan yang paling banyak digunakan. Perisa lain termasuk lemon, limau nipis, oren, anggur, dan air halia. Minuman ringan popular di banyak negara di dunia. | UMUM | |
SITRIN | Sitrin ialah bahan kimia yang tergolong dalam kumpulan bahan kimia yang dikenali sebagai flavonoid. Ahli sains tidak tahu dengan tepat apakah sitrin atau sama ada ia perlu atau tidak kepada kesihatan manusia. Walau bagaimanapun, mereka mendapati bahawa bahan flavonoid membantu mengawal perdarahan daripada kapilari (pembuluh darah yang halus kecil) dalam badan. Sitrin, juga dikenali sebagai vitamin P, menjejaskan dinding kapilari, menjadikannya kurang mungkin mengalami hemoraj. Sitrin yang digunakan dalam perubatan biasanya disediakan dengan mengekstraknya daripada paprika dan kulit lemon. | UMUM | |