Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata lengan atas


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
SIKU

Siku ialah sendi yang menyambungkan lengan

atas dengan lengan bawah seseorang. Humerus

tulang lengan atas dan radius dan ulna – tulang

tangan bawah – bertemu di siku. Sambungan

ketiga-tiga tulang ini membentuk tiga sendi yang

lebih kecil di dalam sendi siku. Sendi yang lebih

kecil ini membolehkan pergerakan tertentu. Sendi

humerus-ulna dan sendi humerus-radius

membolehkan seseorang membengkokkan

lengan bawah ke atas dan ke bawah. Sendi radiusulna

dan sendi humerus-radius membolehkan

seseorang memutarkan lengan bawah dan

memusingkan tapak tangan ke atas dan ke bawah.

UMUM 
PERGELANGAN TANGAN

Pergelangan tangan ialah sendi yang

menyambungkan tangan dan lengan bawah. Kita

menggunakan pergelangan tangan untuk

menggerakkan tangan ke atas, ke bawah dan ke

sisi. Perkataan pergelangan tangan juga merujuk

kepada satu kawasan di bahagian atas tangan.

Kawasan ini termasuk lapan tulang kecil yang

dinamakan karpal.

UMUM 
TENDON

Tendon , yang juga dikenali sebagai sinew, ialah

korda yang kuat, berwarna putih yang melekatkan

otot pada tulang. Otot menggerakkan tulang dengan

menarik tendon. Tendon adalah satu berkas banyak

serat yang liat. Sesetengah tendon berbentuk bulat,

yang lain berbentuk panjang atau leper. Satu hujung

tendon muncul daripada satu hujung otot. Hujung

satu lagi terjalin dalam bahan tulang. Tendon ini

boleh menggelongsor ke atas dan ke bawah di dalam

selaput tisu berserat, sebagaimana tangan bergerak

dalam lengan baju. Tendon dan selaput dikekalkan di

tempatnya oleh tisu penghubung yang dikenali

sebagai ligamen . Tendon yang terpotong boleh

dicantumkan semula (dijahit). Penyembuhannya

mungkin mengambil masa enam minggu atau lebih.

Lihat juga Tangan; Tendon Achilles; Tubuh

manusia (gambar: Ligamen dan tendon).

UMUM 

Kembali ke atas