KEKABUH KAPAS | Kekabuh kapas ialah kumbang kecil yang memakan bahagian dalam lenggai biji kapas dan menyebabkan kerosakan teruk kepada tanaman kapas. Berasal dari Mexico dan Amerika Tengah, kekabuh kapas merebak ke utara hingga ke Texas, Amerika Syarikat, kira-kira pada tahun 1890. Sejak itu, ia telah merebak ke kebanyakan kawasan tanaman kapas di Amerika Syarikat. | UMUM | |
PAPRIKA | Paprika ialah perasa merah. Ia disediakan dengan mengisar lenggai kering lada yang dikenali sebagai lada benggala. | UMUM | |
PURU | Puru ialah ketumbuhan tak normal pada tumbuh- tumbuhan yang biasanya membonjol. Puru boleh terbentuk pada akar, daun, bunga dan lenggai biji. | UMUM | |
KEKABU | Kekabu ialah serat bak kapas yang ringan, lembut dan berkilat. Ia terdiri daripada terutamanya selulos bahan tumbuhan. Kekabu datangnya daripada lenggai biji kekabu. Pokok kekabu tumbuh di Indonesia, Malaysia, Filipina, India, Sri Lanka, bahagian tropika Amerika dan Afrika. | UMUM | |
MIMOSA | Mimosa ialah nama bagi sekumpulan pokok, pokok renek, dan herba yang mempunyai daun bak bulu pelepah. Mimosa tumbuh terutamanya di kawasan panas dan tropika. Pokoknya sama dengan akasia. Biji atau buahnya tumbuh dalam lenggai yang leper. Bunganya yang kecil berwarna putih, samar, lavender, atau ungu. Mimosa tumbuh di seluruh Asia, Afrika, Australia, Caribbean, Mexico, dan di beberapa bahagian Amerika Syarikat. Sesetengah Mimosa peka terhadap sentuhan. Daun tumbuhan peka terlipat apabila disentuh. Ini melindunginya daripada dimusnahkan oleh hujan lebat dan dapat mengelakkannya daripada dimakan oleh haiwan ragut. Pengelasan saintifik. Mimosa tergolong dalam famili kacang pis, Leguminosae. Ia membentuk genus Mimosa. Semalu ialah M. pudica. | UMUM | |
OKRA | Okra, juga dikenali sebagai “bendi” atau “bender” ialah tumbuhan yang ditanam kerana lenggainya yang belum matang, yang digunakan untuk memasak stew, untuk memekatkan sup dan memperasakan sup, dan sebagai sayur. Ia adalah tumbuhan tahunan. Tingginya 0.5 meter hingga 2.5 meter. Daunnya bulat, bercuping halus dan bergerigi halus. Lenggai pada tumbuhan ini dan bunganya berwarna kuning kehijauan. Panjangnya dari 10 sentimeter hingga 15 sentimeter tetapi kadangkala melebihi 30 sentimeter apabila membesar sepenuhnya. Lenggai okra dimasak ketika muda dan lembut. Okra adalah sejenis bunga raya, dan ia berkaitan rapat dengan kapas. Ia berasal dari Afrika. Pengelasan saintifik. Okra tergolong dalam famili mallow, Malvaceae. Ia adalah Hibiscus esculentus . | UMUM | |
POINCIANA | Poinciana juga dikenali sebagai pokok bersemarak adalah satu daripada pokok bunga di kawasan tropika yang tercantik. Ia berasal dari Madagascar, tetapi telah ditanam dengan meluas dalam iklim panas kerana gugusan besar bunganya berwarna terang. Setiap bunga lebarnya dari lapan hingga 10 sentimeter dan mempunyai lima kelopak merah yang terbuka luas. Satu daripada kelopaknya bercarik-carik dan berbintik-bintik kuning. Terdapat 10 stamen yang panjang yang tumbuh ke atas daripada bunga. Bunganya yang kembang mengeluarkan lenggai biji berwarna perang keunguan, yang sekurang-kurangnya 60 sentimeter panjang. Lenggai ini mengandungi biji yang keras dan berbentuk lonjong. Di sesetengah negara, lenggainya digunakan sebagai bahan bakar. | UMUM | |
LESPEDEZA | Lespedeza ialah nama bagi sekumpulan herba dan tumbuhan bak pokok renek. Ia tumbuh di Asia, Australia dan Amerika Utara. Lespedeza dikenali sebagai klover belukar . Daunnya mempunyai tepi yang licin dan tiga anak daun. Bunganya yang kecil berbentuk kacang pis tumbuh bergugus-gugus. Buahnya adalah lenggai yang pendek berbiji satu. | UMUM | |
PETAI | Petai . Pokok petai berasal dari Malaysia. Pada masa ini pokok petai masih terdapat tumbuh liar di hutan-hutan seluruh Malaysia. Pokok petai besar, tingginya boleh mencapai 50 meter. Batangnya berbanir. Bunga petai kecil berwarna putih, tersusun padat pada jambak yang bertangkai panjang, terjuntai di hujung ranting. Kira-kira 6 hingga 10 papan atau lenggai petai tergantung pada pangkal jambaknya. | UMUM | |
ASAM JAWA | Asam jawa ialah pokok malar hijau yang menarik, yang tumbuh di kawasan tropika. Ia boleh tumbuh 23 meter tingginya. Asam jawa mempunyai daun yang kecil, berwarna hijau pucat, dan bunga yang kecil berwarna kuning. Lenggainya kira-kira lapan hingga 10 sentimeter panjangnya mengandungi biji. Lenggai ini mengandungi isi masam berwarna perang yang digunakan untuk membuat minuman yang menyegarkan. Di India dan Arab Saudi, isi ini dihimpit menjadi ketulan dan dijual sebagai makanan istimewa. Asam jawa hiasan ditanam di bahagian panas yang di dunia. Pengelasan saintifik: Asam jawa tergolong dalam famili kacang pis Leguminosae (Fabaceae). Ia adalah Tamarindus indica . | UMUM | |