Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[leng.kung] | لڠکوڠ

Definisi : lengkok, kelok, berkelok atau ber­lengkok: ~ pintu gerbang itu diperbuat drpd buluh; melengkung, terlengkung berkelok spt bahagian drpd sesuatu bulatan, membengkok: misainya diputar-putarkan juga semakin tajam dan semakin ~ ke atas; melengkungi melingkungi, mengelilingi: balai itu dilengkungi oleh pagar dawai berduri; melengkungkan mengelokkan (garisan, dawai, dll), membengkokkan: siapa pula yg sanggup ~ batang besi yg sebesar itu; lengkungan 1. tempat (pd garisan, besi, dawai, dll) yg melengkung: ~ pelangi yg saya lihat itu pendek sahaja; ~ yg terdapat pd dawai itu tidak mudah diluruskan; 2. = pelengkung sesuatu (perhiasan, pintu gerbang, dll) yg bentuknya melengkung; kelengkungan keadaan melengkung; pelengkungan perihal (proses atau perbuatan) melengkung atau melengkungkan: proses pelenturan, ~ dan peretakan kerak bumi. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[leng.kung] | لڠکوڠ

Definisi : bunyi spt bunyi benda keras dipalu, dengkung; lengkung-lengkung bunyi dengkung yg ber­talu-talu. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[leng.kung] | لڠکوڠ

Definisi : kelok atau sesuatu yg berkelok bentuknya. melengkung berkelok spt selekoh; membengkok; garis ~. melengkungi melengkung pd sesuatu; melingkungi: Kawat berduri ~ kolam itu. melengkungkan melenturkan sesuatu supaya melengkung; mengelokkan: Ia ~ buluh itu utk dijadikan busur. lengkungan sesuatu yg bentuknya melengkung: ~ insang ikan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
lengkung
Kata Terbitan : melengkung, melengkungi, melengkungkan, lengkungan,


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
HARIMAU BERTARING LENGKUNG UMUM 
TAPAK KAKI RATA

Tapak kaki rata ialah keadaan lengkung

panjang tapak kaki yang diwarisi kelihatan rata dari

jatuh. Keadaan ini akibat daripada ligamen yang

lemah yang menyebabkan ketidakmampuan untuk

menampung lengkung tapak kaki. Ramai yang

percaya bahawa tapak kaki yang rata boleh

menyebabkan rasa sakit. Pada dasarnya, anggapan

ini tidak benar, kerana ketinggian lengkung tapak

kaki tidak memberikan kesan kepada bagaimana

tapak kaki berfungsi. Walau bagaimanapun,

keadaan ini mungkin boleh menyebabkan rasa

kurang selesa, yang mungkin dapat dikurangkan

dengan reka bentuk kasut yang dapat menampung

lengkung tapak kaki.

UMUM 
SKOLIOSIS

Skoliosis ialah lengkung ke sisi yang berlaku

pada tulang belakang. Dalam kebanyakan kes,

keadaan ini begitu ketara ketika remaja ataupun

ketika masih kanak-kanak lagi. Skoliosis lebih

banyak menjejaskan kanak-kanak perempuan

daripada laki-laki, tetapi para doktor belum dapat

menjelaskan sebabnya. Kes yang sudah teruk boleh

menyebabkan kecacatan bentuk yang parah yang

boleh mengganggu perjalanan jantung, paru-paru,

dan sistem saraf. Kecacatan bentuk yang sedemikian

boleh juga membawa kepada masalah psikologi.

Para doktor masih belum dapat mengetahui

puncanya yang menyebabkan kebanyakan kes

skoliosis ini, walaupun ada sesetengahnya

berpunca daripada penyakit otot atau kecacatan

sejak lahir.

UMUM 
ARKA ELEKTRIK

Arka elektrik ialah lengkung haba dan cahaya

yang kuat yang terbentuk apabila arus elektrik

yang kuat melompat merentasi lompang antara

dua elektrod. Gas dalam udara yang terdapat di

antara dua elektrod berperanan sebagai

konduktor dan memancarkan arus merentasi

lompang itu.

UMUM 
KELUARGA AMATI

Keluarga Amati ialah sebuah keluarga pembuat

biola yang bekerja di Cremona, Itali dari tahun

1500-an hingga tahun 1700-an. Biola Amati terdapat

dalam pelbagai warna daripada merah gelap

hingga kuning terang. Biola itu mempunyai bentuk

dan lengkung yang halus dan bahagian atas yang

melengkung tinggi. Lengkung itu membantu

menghasilkan bunyi soprano yang halus dan sedap

didengar, yang digemari oleh kumpulan pemuzik

essembel yang popular pada tahun 1600-an.

UMUM 

Kembali ke atas