Katarak ialah kekabutan yang berlaku pada lensa
mata. Kesannya kepada penglihatan tertakluk
kepada takat kekabutan tersebut. Bintik-bintik kecil
dalam lensa mata mungkin tidak akan
menyebabkan kehilangan penglihatan.
Aberasi , dalam sains optik ialah kegagalan sinar
cahaya untuk memfokus dengan betul selepas
melalui lensa atau memantul daripada cermin.
Artroskopi ialah teknik menggunakan artroskop
untuk memeriksa sendi tubuh. Artroskop ialah alat
yang lurus bak tiub dengan satu siri lensa dan
berkas gentian optik. Diameternya dari dua hingga
lima milimeter. Ia boleh dimasukkan ke dalam
sendi melalui insisi kecil. Sendi diterangi oleh
cahaya yang dipancarkan oleh gentian optik ke
hujung artroskop. Dengan menggunakan
artroskop, doktor boleh betul-betul memeriksa
sendi seseorang pesakit dan melakukan operasi
pembedahan tertentu.
Thanks for clicking. That felt good.