Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[le.pa.san] | لڤسن

Definisi : orang yg tamat drpd sekolah (maktab, universiti, dll), yg telah dilepaskan, tamatan: ~ Universiti Malaya; ~ askar bekas askar; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[le.pa.san] | لڤسن

Definisi : orang yg telah tamat dr sesuatu pusat pengajian (universiti, maktab dll): Tujuan latihan itu adalah utk menyediakan belia ~ sekolah dgn berbagai-bagai kemahiran. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
lepas (adjektif)
1. Bersinonim dengan bebas: ucul, merdeka,
Berantonim dengan terikat

2. Bersinonim dengan lari: bebas, lucut, tanggal, lolos, londeh, lulus,

3. Bersinonim dengan lalu: lampau
Berantonim dengan sekarang

Kata Terbitan : selepas, selepas-lepas, berlepas, melepas, melepasi, melepaskan, terlepas, lepasan, kelepasan, pelepasan,


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
PENULIS GURU

PENULIS GURU, golongan penulis lepasan Sultan Idris Training College (SITC) Tanjung Malim, Perak.  Mereka menulis terutamanya dalam genre puisi dan novel.  Antara yang aktif menulis dan terkenal ialah Harun Muhammad Amin atau nama penanya Harun Aminurrashid, Abdullah Sidek, Ahmad Bakhtiar, Ahmad Kotot, Muhammad Yasin Makmur dan Muhammad Simin Paib.

SASTERAKarya
KHALIL IBRAHIMKHALIL IBRAHIM (1934-        ), pelukis. Dia lahir di Kubang Krian, Kelantan. Khalil pada mulanya mengikuti program diploma lepasan siswazah dalam bidang seni lukis di St. Martin’s School of Art, London dari tahun 1960 hingga tahun 1956. Pada tahun 1968, dia memperoleh Sijil Pendidikan dari Universiti Malaya.BUDAYATokoh
ADI KELANA

ADI KELANA (1934 -     ), penyair Negara Brunei Darussalam. Dia lahir pada 25 September 1934 di Kampung Panchur, Tutong, Brunei Darussalam. Nama sebenarnya ialah Haji Ibrahim bin Haji Muhammad Said. Dia seorang guru lepasan Maktab Perguruan Sultan Idris, Tanjung Malim (1951-1953). Pada tahun 1964, dia mengikuti kursus setahun dalam bidang pendidikan di University of London.

SASTERAKonsep

Kembali ke atas