MENEMBAK | Menembak ialah sukan yang popular di banyak negara. Orang yang berminat dalam sukan ini boleh menembak (haiwan) atau menembak dalam pertandingan. Biasanya, lesen diperlukan untuk membawa atau menggunakan senapang patah dan lesen lain untuk menembak haiwan buruan. | UMUM | |
ANSETT, SIR REGINALD | Ansett, Sir Reginald (1909–1981), mempelopori pengangkutan udara secara komersial di Australia. Reginald Miles Ansett lahir di Inglewood, Victoria. Dia memperolehi lesen juruterbang pada tahun 1929. | UMUM | |
STAMP ACT | Stamp Act (Akta Setem). Parlimen British meluluskan Stamp Act pada bulan Mac 1765. Tujuan diadakan akta ini adalah untuk mendapatkan dana bagi menyokong tentera British yang berpangkalan di Amerika Utara. Akta itu menetapkan bahawa orang Amerika mesti membeli setem untuk urusan surat perjanjian, pinjaman perumahan, lesen minuman keras, lesen undang-undang, bermain terup, dan almanak. Bahkan pemilik akhbar dan penerbit terpaksa membeli setem untuk penerbitan mereka. | UMUM | |
KEBANGKITAN TERENGGANU | KEBANGKITAN TERENGGANU, penentangan terhadap peraturan baharu yang diperkenalkan oleh pentadbiran British di Terengganu. Peraturan baharu tersebut termasuklah mewajibkan mengambil pas dan membayar 50 sen setahun sebelum membuka atau membersihkan tanah, membuat petempatan sementara, melarang memburu binatang tanpa lesen, tidak boleh membawa senjata, dan membayar cukai tanah. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Peristiwa |
BRABAZON OF TARA, LORD | Brabazon of Tara, Lord (1884–1964), John Theodore Cuthbert Moore-Brabazon, ialah perintis juruterbang dan pemandu kereta perintis British. Dia pemegang pertama lesen memandu kapal terbang yang dikeluarkan di United Kingdom. | UMUM | |
SEMINARI | Seminari ialah kolej untuk melatih bakal paderi dan pemimpin gereja dan lain-lain pertubuhan keagamaan. Ia juga dikenali sebagai kolej teologi atau sekolah deviniti, dan merupakan sebuah institutsi peringkat ijazah. Pelajar seminari pada amnya mempelajari doktrin, sejarah, falsafah dan tulisan kitab suci mengenai agama mereka. Ramai juga yang mempelajari mata pelajaran amali, seperti psikologi pastoral, pendidikan agama, ibadat dan berdakwah. Seminari di beberapa negara biasanya menawarkan ijazah lanjutan, seperti Ijazah Sarjana dan Kedoktoran. Sesetengah kumpulan keagamaan pula menganugerahkan diploma, lesen atau sijil bagi menggantikan ijazah. | UMUM | |