Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[li.be.ral] | ليبرل

Definisi : 1. (bersifat) condong kpd kebebasan dan pemerintahan yg demokratik (mis me­nentang hak-hak istimewa kaum bangsawan), (fahaman) bebas; kaum ~ orang yg me­nganut fahaman liberal; 2. bersifat atau ber­pandangan bebas, berpandangan terbuka (tidak terkongkong kpd sesuatu aliran pemikiran dsb); meliberalkan menjadikan liberal (bebas dan terbuka): satu langkah utk ~ pasaran; ~ pandangan yg sempit sesuai dgn perkem­bangan sains dan teknologi hari ini; keliberalan perihal (sifat atau keadaan) liberal: keterbukaan dan ~ minda juga penting dlm menghadapi arus globalisasi ekonomi dunia; peliberalan perihal (tindakan, perbuatan dsb) meliberalkan: dasar ~ perdagangan merupakan salah satu komponen utama di bawah dasar pembangunan industri. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[li.be.ral] | ليبرل

Definisi : 1 (sifat yg) condong kpd kebebasan; (fahaman) bebas. 2 pemerintahan yg bersifat demokratik. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata liberal


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
SENI LIBERAL

Seni liberal ialah tabiat ilmiah tentang

pemikiran dan pertuturan yang dianggap penting

bagi manusia yang bebas. Dari segi sejarah, seni

liberal termasuk dua kumpulan pengajian. Yang

pertama ialah penggunaan bahasa (nahu) yang

betul, berfikir dengan jelas (logik), dan

menyatakan idea seseorang dengan meyakinkan

(retorik). Kumpulan kedua termasuk pelbagai

cabang matematik. Pada mulanya, cabang ini

adalah aritmetik, geometri, astronomi dan

harmoni. Daripada pengajian tradisional ini, lahir

pula kumpulan sains semula jadi, sains sosial dan

kemanusiaan. Kolej yang memberi tumpuan

kepada pengajian ini biasanya dikenali sebagai

kolej seni liberal.

UMUM 
DEMOKRAT LIBERAL

Demokrat Liberal ialah nama parti politik

yang ketiga besarnya di Britain. Dasar parti ini

menekankan hak individu. Parti ini menarik

minat rakyat yang mempercayai bahawa

perubahan dalam kehidupan di Britain perlu

tetapi menolak sosialisme.

UMUM 
ASHDOWN, PADDY

Ashdown, Paddy (1941– ), menjadi pemimpin

pertama Party Liberal Demokrat United Kingdom

yang baru selepas Liberal dan Demokrat Sosial

bergabung pada tahun 1988. Sebelum memasuki

arena politik Ashdown menyertai Pejabat Luar

Negeri pada tahun 1972 dan bekerja di ibu

pejabat Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu di

Geneva, Switzerland. Pada tahun 1976, dia

menjadi calon parlimen Liberal untuk Yeovil di

Somerset. Dia dipilih menjadi anggota Parlimen

pada tahun 1983 dan menjadi jurucakap Liberal

tentang perdagangan dan industri hingga tahun

1987 apabila dia menjadi jurucakap untuk

pendidikan.

UMUM 
PARTI LIBERAL AUSTRALIA

Parti Liberal Australia ialah parti politik yang

menyokong inisiatif dan usaha individu dan bersifat

konservatif terhadap persoalan sosial dan moral

UMUM 
OWEN, DAVID

Owen, David (1938– ) ialah ahli politik British

yang memimpin Parti Sosial Demokratik (PSD) dari

tahun 1983 hingga tahun 1987. Dia meletak jawatan

selepas ahli PSD mengundi untuk bergabung

dengan Parti Liberal (kini Liberal Demokrat).

Sebagai pengasas PSD, Owen berusaha untuk

memelihara kebebasan parti. Dia menjadi

pemimpin PSD yang dibentuk semula pada tahun

1988 sehingga pembubarannya pada tahun 1990.

Owen bertindak sebagai pendamai di bekas

Yugoslavia dari tahun 1992 hingga tahun 1995 (lihat

Yugoslavia ).

UMUM 
MIKI, TAKEO

Miki, Takeo (1907–1988), berkhidmat sebagai

Perdana Menteri Jepun dari bulan Disember 1974

hingga bulan Disember 1976. Miki juga mengetuai

Parti Liberal-Demokratik Jepun. Dia meletakkan

jawatan selepas pilihan raya pada tahun 1976.

Dalam pilihan raya tersebut, Parti Liberal-

Demokratik hanya dapat mengekalkan kuasa di Diet

(Parlimen), tetapi dengan jurang kemenangan yang

lebih kecil daripada pilihan raya yang terdahulu.

Sebelum dan semasa tempoh Miki memegang

jawatan, beberapa ahli Parti Liberal-Demokratikbukan

Miki-dituduh mengamalkan rasuah. Tuduhan

ini turut menjadi salah satu sebab kemerosotan parti

tersebut.

UMUM 
THORPE, JEREMY

Thorpe, Jeremy (1929– ) ialah ketua Parti

Liberal dari tahun 1967 hingga tahun 1976. John

Jeremy Thorpe lahir di London dan mendapat

pendidikan di Amerika Syarikat serta Eton College

dan Oxford University, England. Pada tahun 1954,

Thorpe lulus sebagai barrister . Dia menjadi ahli

Parlimen dari parti Liberal bagi kawasan Devon

Utara pada tahun 1959. Pada tahun 1979, Thorne

dibebaskan daripada tuduhan berkomplot untuk

membunuh kawan lamanya, Norman Scott. Thorpe

kehilangan kerusi Parlimen semasa pilihan raya

tahun 1979.

UMUM 
ROSEBERY, EARL OF

Rosebery, Earl of (1847–1929) ialah Perdana

Menteri Britain pada tahun 1894 dan tahun 1895. Ahli

parti Liberal yang pernah menyandang jawatan

Setiausaha Luar di bawah William Gladstone pada

tahun 1886 dan sekali lagi dari tahun 1892 hingga

tahun 1894.

UMUM 
SALONGA, JOVITO REYES

Salonga, Jovito Reyes (1920– ) ialah

peguam, ahli politik dan Presiden Senat Filipina

dari tahun 1987 hingga tahun 1992. Dia adalah

pemimpin Parti Liberal dan secara aktif menyokong

Corazon Aquino yang menjadi Presiden Filipina

pada tahun 1986.

UMUM 
KEATON, BUSTER

Keating, Paul (1944– ), menjadi perdana

menteri Australia pada bulan Disember 1991

hingga tahun 1996. Pada bulan Mac 1996, Parti

Buruh pimpinan Keating dikalahkan dalam pilihan

raya kebangsaan oleh Parti Liberal.

UMUM 
12

Kembali ke atas