| ROYAL LIFE SAVING SOCIETY | Royal Life Saving Society ialah organisasi sedunia yang berusaha mendidik orang awam tentang keselamatan di air dan perkara lain yang berkait dengan keselamatan di air. | UMUM | Umum |
| DAY, CLARENCE | Day, Clarence (1874–1935), penulis Amerika. Dia menjadi terkenal kerana dua buku sketsa humor mengenai keluarganya yang bertajuk Life with Father (1935) dan Life with Mother (diterbitkan pada tahun 1937, selepas dia meninggal dunia). Buku ini telah dijadikan drama, Life with Father (1939), yang menjadi satu daripada drama yang paling popular dalam sejarah teater Amerika. | UMUM | |
| STERN, LAURENCE | Stern, Laurence (1713–1768) ialah paderi British yang tiba-tiba menjadi terkenal sebagai penulis novel The Life and Opinions of Tristram Shandy, Gentleman (1760–1767). | UMUM | |
| YERKES, ROBERT MEARNS | Yerkes, Robert Mearns (1876–1956), pakar psikologi Amerika yang terkenal dengan penyelidikannya mengenai tingkah laku beruk. Buku karangannya yang paling penting ialah The Great Apes: A Study of Anthropoid Life (1929). | UMUM | |
| O'BRIEN, FLANN | O’Brien, Flann (1912–1966) ialah nama pena penulis Ireland yang bernama Brian O Nuallain. Dia membina reputasinya melalui novelnya yang pertama, At Swim Two Birds (1939), sebuah fantasi pengembaraan watak manusia dan pari-pari di Ireland. Dia juga menulis The Hard Life (1961), The Dalkey Archives (1965), dan skrip drama Faustus Kelly (1943). Dengan menggunakan nama pena Myles na gCopaleen, dia menulis ruangan satira bagi Irish Times . Dia lahir di Strabane, Ulster, dan bekerja sebagai pegawai kerajaan. | UMUM | |
| NASH, THOMAS | Nash, Thomas (1567–1601?) ialah penulis Inggeris pada zaman Elizabeth yang karya-karyanya menggambarkan kehidupannya yang ganas. Dia terlibat dalam banyak pertikaian, dan mengkritik lawannya di dalam pamplet yang ditulisnya dengan baik. Nash mungkin cukup dikenali pada hari ini kerana bukunya The Unfortunate Traveller ; or , The Life of Jack Wilton (1594), contoh prosa fiksyen yang terbaik pada zaman Elizabeth. | UMUM | |
| ANDREYEV, LEONID | Andreyev, Leonid (1817–1919), penulis puisi dan penulis drama Rusia. Andreyev mencipta mood pesimisme dan kekecewaan yang ekstrem dalam kebanyakan karyanya. Beberapa penulisannya berkisar tentang tema kesunyian dan penderitaan manusia. Cerpennya yang paling terkenal, “The Red Laugh” (1904) menerokai kedahsyatan dan keganasan peperangan. Novel pendek “The Seven That Were Hanged” (1908) meneliti perasaan lima orang revolusioner dan dua orang pembunuh yang sedang menanti saat kematian mereka. Drama Andreyev yang paling popular ialah The Life of Man (1906) dan He Who Gets Slapped (1915). Leonid Nikolayevich Andreyev lahir di Orel. | UMUM | |
| MORISON, SAMUEL ELIOT | Morison, Samuel Eliot (1887–1976) ialah ahli sejarah Amerika, guru sejarah, dan pemenang dua Hadiah Pulitzer. Bukunya Admiral of the Ocean Sea, tentang riwayat hidup Columbus, memenangi hadiah tersebut pada tahun 1943, dan bukunya John Paul Jones menerima hadiah pada tahun 1960. Buku-bukunya yang lain termasuklah History of United States Naval Operations in World War II yang ditulis dalam 15 jilid (1947– 1962), The Intellectual Life of Colonial New England (1960), One Boy’s Boston (1962), The Oxford History of the American People (1965), The European Discovery of America: The Northern Voyages (1971) dan The European Discovery of America: The Southern Voyages (1974). | UMUM | |
| MOORE, GERALD | Moore, Gerald (1899–1987) ialah pemain piano British yang mencapai kemasyhuran melalui kemahirannya sebagai pemuzik iringan. Muzik iringannya kepada penyanyi dan pemain violin dikagumi di seluruh dunia. Moore lahir di Watford, Hertfordshire, England. Dia menulis mengenai seni pemuzik iringan dalam The Unashamed Accompanist (1943) dan Singer and Accompanist (1953). Autobiografinya diterbitkan dalam dua jilid: Am I Too Loud? (1962) dan Farewell Recital (1978). Dia juga menulis Furthermore: Interlude in an Accompanist’s Life (1983). | UMUM | |
| SMETANA, BEDRICH | Smetana, Bedrich (1824–1884) ialah penggubah Czech. Dia dan Antonín Dvorák dianggap sebagai pengasas pusat pengajian muzik kebangsaan Czech. Lapan opera Smetana memulakan tradisi opera kebangsaan di Czech. Operanya yang termasyhur ialah The Bartered Bride (1866). Namun, opera yang paling patriotik ialah Libuse (1872). Siri enam puisi simfoninya, Ma Vlast (My Fatherland, 1879) juga terkenal. Ini termasuklah River Moldau yang dikenali ramai. Kuartet Alat Tali dalam E minor autobiografi Smetana iaitu From My Life (1876), mempengaruhi kuartet selepasnya oleh Leo Janácek, penggubah berketurunan Czech. | UMUM | |