Display virtual keyboard interface
 

Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata lili


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
LILI MARIPOSA

Lili mariposa ialah sekumpulan lebih kurang

60 spesies bunga yang mekar pada musim bunga

dalam famili lili. Bunganya yang cantik kadangkala

dinamakan tanglong pari-pari, tulip glob, lili sego

atau lili rama-rama. Kelopak bunganya menyerupai

sayap rama-rama. Mariposa ialah perkataan

Sepanyol bagi rama-rama.

UMUM 
BUNGA LILI

Bunga lili adalah satu daripada famili tumbuhan

yang terbesar dan terpenting. Nama ini digunakan

untuk banyak bunga taman dan bunga rumah

panas, seperti lili rimau, lili Madonna, lili Easter

putih, dan lili China dan Jepun.

UMUM 
LILI EASTER

Lili Easter ialah sejenis pokok bunga yang tinggi

berdaun panjang dan tajam. Bunga ini menjadi

simbol Easter. Bunga lili besar, wangi, berbentuk

trompet dan berwarna putih lilin.

UMUM 
LILI HARIMAU

Lili harimau ialah bunga taman yang tinggi

yang pada asalnya tumbuh di timur Asia. Ia

mendapat namanya kerana bunganya berwarna

jingga kemerahan dengan bertompok-tompok

hitam. Penduduk di China, Jepun dan Korea

menggunakan bebawang lili harimau sebagai

makanan.

UMUM 
TELIPUK

Telipuk, juga dinamakan lili kolam, ialah nama

yang popular bagi pelbagai tumbuhan air yang

cantik, yang tumbuh dalam iklim sederhana dan

panas. Telipuk mempunyai tangkai daun dan

bunga yang panjang, kuat yang tumbuh dari dasar

berlumpur dalam air yang cetek, jernih. Daunnya

yang hijau, sempit hingga bulat biasanya kelihatan

terapung di atas permukaan air tetapi boleh juga

terbenam dalam air. Telipuk biasanya timbul di atas

permukaan air pada tangkai yang panjang. Telipuk

berbunga putih adalah yang paling biasa didapati.

Bunganya mungkin 30 sentimeter lebarnya.

Sesetengah telipuk mekar pada waktu siang

manakala yang lain pula mekar pada waktu malam.

Lihat juga Bunga (gambar: Bunga di hutan jarang

dan hutan).

Pengelasan saintifik. Telipuk tergolong dalam famili

telipuk, Nymphaeaceae. Telipuk putih ialah Nymphaea

alba.

UMUM 
DAY LILY

Day lily ialah sejenis tumbuhan lili yang

mempunyai bunga yang cantik, biasanya berwarna

kuning atau jingga, kembang antara matahari

terbit hinggalah matahari terbenam.

UMUM 
SQUILL

Squill ialah nama bagi beberapa tumbuhan yang

mempunyai akar bebawang. Ia tergolong dalam

famili lili. Satu jenis squill, yang dinamakan bawang

laut, tumbuh di sekitar Laut Mediterranean. Ia

mengeluarkan bebawang yang kadangkala beratnya

1.8 kilogram. Bebawang squill ini mempunyai nilai

ubatan.

UMUM 
DOGTOOTH VIOLET

Dogtooth violet ialah mana-mana satu daripada

sekumpulan lebih kurang 30 tumbuhan dalam

famili lili yang tumbuh di kawasan beriklim

sederhana di Hemisfera Utara. Tumbuhan ini

dinamakan demikian kerana bebawangnya yang

kecil, runcing berwarna putih kelihatan seperti

gigi anjing.

UMUM 
ALOE

Aloe ialah nama kumpulan yang terdiri daripada

melebihi 200 tumbuhan berdaun tebal yang

berasal daripada Timur Tengah, Madagascar, dan

selatan Afrika. Ia sering ditanam di kawasan

beriklim panas. Aloe berkaitan dengan lili,

walaupun kedua-duanya sangat berbeza dari segi

rupa.

UMUM 
ASFODEL

Asfodel ialah tumbuhan semula jadi yang lasak

dan berasal dari kawasan Mediterranean.

Bunganya berwarna kuning pucat dan berbentuk

seperti trompet itu tumbuh dalam kelompok

terburai. Akar asfodel tebal dan berisi. Daunnya

yang panjang lagi nipis itu tumbuh bergugusgugus,

hampir seperti daun dafodil (lihat Dafodil ).

Pengelasan saintifik: Asfodel adalah dalam famili

lili, Liliaceae. Ia adalah Asphodeline lutea .

UMUM 
12

Kembali ke atas