LIMBUNGAN | | UMUM | |
KREN | Kren ialah mesin angkat yang digunakan untuk mengangkat dan menggerakkan beban berat di limbungan kapal dan kilang, dan di tapak pembinaan. | UMUM | |
STOR BIJIAN | Stor bijian ialah bangunan yang dilengkapi untuk menyimpan, memuat dan memunggah bijian sebelum bijian dijual atau digunakan. Stor bijian terletak di ladang, di kilang pengisar, di stesen kereta api, dan limbungan, dan menyimpan bijian seperti barli atau gandum. | UMUM | |
SALFORD | Salford (pend. 217 900) ialah kawasan kerajaan tempatan dan bandar pembuatan di Greater Manchester, England. Salford terletak di sebelah barat tengah Manchester dan di bahagian utara Terusan Kapal Manchester. Bekas kawasan limbungan, iaitu Salford Quays, kini merupakan zon perusahaan yang membangunkan industri baru. Kawasan ini meliputi bandar Eccles, Irlam, Swinton, dan Worsley. Salford mempunyai sebuah universiti yang diasaskan daripada institut teknik pada tahun 1896. | UMUM | |
RÍO DE LA PLATA | Río de la Plata ialah sebuah muara atau teluk yang berbentuk corong, yang dibentuk oleh Sungai Paraná dan Sungai Uruguay, di pinggir laut tenggara Amerika Selatan. Teluk ini mengunjur ke barat laut dari Lautan Atlantik, sepanjang lebih kurang 270 kilometer. Air dalam jumlah yang banyak mengalir ke teluk, dari Sungai Paraná dan Sungai Uruguay, dan terjadilah arus yang deras. Banyak tempat yang cetek membahayakan bot yang belayar di sepanjang sungai. Pelabuhan semula jadi Montevideo, di Uruguay, terletak berhampiran muara teluk itu yang lebarnya 225 kilometer. Teluk di bahagian Argentina, iaitu di Buenos Aires dan La Plata, limbungan kapal yang besar telah dibina dan terusan yang dalam telah dikorek. | UMUM | |
TANJUNG KATONG | TANJUNG KATONG, kawasan yang terletak di bahagian timur Singapura. Ia telah wujud sebelum kedatangan Raffles ke Singapura pada tahun 1819. perjanjian Raffles dengan Sultan Husin Syah pada tahun 1819, menentukan garis sempadan loji British di Singapura, iaitu dari Tanjung Malang di bahagian barat Singapura hingga ke Tanjung Katong, di bahagian timur Singapura, selain kawasan pedalaman Singapura sejauh tembakan meriam. Pada tahun 1822, Raffles menamakan Tanjung Katong sebagai limbungan marin. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Bandar/Negeri/Negara/Tempat |