SISTEM LIMPA | Sistem limfa terdiri dari salur limfa, nodus limfa dan beberapa organ; organ-organ utama terdiri dari sumsum tulang dan kelenjar timus (yang terletak di sebalik tulang dada – sternum, berkedudukan di atas jantung); organ-organ sekunder terdiri dari tonsil dan limpa (bahagian atas kiri abdomen), nodus limfa (di sepanjang saluran limfa dan tertumpu di bahagian leher, ketiak, abdomen dan kelangkang), tampalan Peyer ‘Peyer’s patch’ (pada bahagian usus) dan apendiks. | BIOLOGI | Sistem |
SKROFULA | Skrofula ialah sejenis tuberkulosis (batuk kering) yang menyerang nodus limfa di leher. Tisu ini membantu badan melawan penyakit dengan menapis bakteria dan mikrob lain daripada kerongkong. Kebanyakan kes skrofula disebabkan meminum susu tanpa dipasteurkan daripada lembu yang menghidap tuberkulosis. Suhu daripada lembu itu mengandungi tuberkulosis. Pempasteuran membunuh bakteria tuberkulosis, dan hampir tiada kes skrofula terjadi di negara yang susunya dipasteur secara tetap. | UMUM | |
NANAH | Nanah ialah cecair putih kuning yang dikeluarkan oleh badan semasa berlaku jangkitan. Ia mempunyai limfa dan sel darah putih. Pada masa dahulu, doktor bercakap tentang nanah laudable, yang dikatakan menunjukkan keadaan luka yang memuaskan. Kini mereka tidak percaya bahawa nanah adalah “landable”. Bagaimanapun, doktor mengakui pembentukan nanah sebagai satu cara badan boleh melawan jangkitan. Lihat juga Abses. | UMUM | |
SALURAN HAVERS | Saluran havers ialah saluran-saluran halus di dalam tisu tulang padat, iaitu lapisan luar tulang yang keras. Setiap saluran mengandungi pembuluh darah, salur limfa (bendalir tisu), tisu perantara, dan saraf. Pembuluh darah membawa nutrien dari pembuluh yang lebih besar dalam periosteum (selaput yang menyaluti tulang) ke tisu tulang. Lapisan tisu tulang mengelilingi setiap saluran untuk membentuk suatu silinder. Saluran dan tisu tulang ini dikenali sebagai sistem osteon atau sistem havers. Osteon ialah struktur asas yang membentuk tulang padat. | UMUM | |