Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ling.gi] | ليڠݢي

Definisi : kayu yg melengkung pd buritan atau haluan perahu: gemuruh air di ~, gemuruh air disekat. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ling.gi] | ليڠݢي

Definisi : nama suatu tempat di Negeri Sembilan; ~ diserang, Riau yg alah prb menyerah tanpa berjuang. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata linggi

Puisi
 

Hujan rangkap Kuala Linggi,
     Tanamlah Lengkuas hutan seberang;
Saya berangkat dari sini,
     Hati puas telinga terang.


Lihat selanjutnya...(8)

Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
LINGGI

LINGGI, mukim dalam daerah Port Dickson, Negeri Sembilan, bersempadan dengan Melaka. Dari segi sejarah, Linggi sering dilanda konflik antara pelbagai pihak yang ingin menguasai perniagaan bijih timah. Punca konflik ialah Sungai Linggi yang merupakan laluan utama hasil bijih timah dari Sungai Ujong ke pusat pengumpulan di Melaka.

SEJARAH DAN ARKEOLOGIBandar/Negeri/Negara/Tempat
DATO' MUDA LINGGI

DATO’ MUDA LINGGI, jawatan yang diwujudkan oleh orang dari Pulau Riau yang merantau ke Sungai Ujong, Negeri Sembilan. Jawatan ini juga dikenal sebagai Dato’ Sitiawan atau Orang Kaya Luak Linggi. Ketua pemerintah Sungai Ujong, Dato’ Kelana Leha (1780-1800) mengarahkan mereka membuka perkampungan di tepi Sungai Linggi bersebelahan Sungai Ujong pada tahun 1783, dan mereka diketuai oleh Dato’ Awaluddin.

    

SEJARAH DAN ARKEOLOGIJawatan/Gelaran
SYEIKH HAJI MUHAMMAD SAID AL-LINGGI

Syeikh Haji Muhammad Said al-Linggi

(1874–1926), ulama dan pengarang kitab. Dia

terkenal sebagai ulama yang mengembangkan

Tarekat Ahmadiah yang diasaskan oleh Syeikh

Ahmad Idris ad-Dandrawi. Dia mengembara

hingga Kemboja, Thailand dan Singapura, selain

Semenanjung Tanah Melayu dalam usaha

mengembangkan ilmu dan tarekat

UMUM 
DAENG MANAMPOK

DAENG MANAMPOK (? -1735), pemimpin Bugis. Dia dikenal juga dengan nama Raja Tuan Bugis. Dia ialah putera Raja Lampoko (Sulawesi Barat Daya) yang pernah menghina Raja Bugis, Arung Palaka pada tahun 1690, lalu meninggalkan Sulawesi dan pergi ke Jawa. Menurut rekod Belanda, pada tahun 1711 Daeng Manampok menetap di Linggi, berhampiran dengan tempat tinggal Daeng Marewah di Sungai Penagie, Linggi. Dia membantu Daeng Marewah menguasai daerah timah di Linggi dan Selangor dan mengiringi Daeng Marewah ke Kedah untuk membantu Raja Kedah dalam perang saudara di Kedah pada tahun 1715.

     

SEJARAH DAN ARKEOLOGITokoh
MOHD. HASHIM HAJI TALIBMOHD. HASHIM HAJI TALIB (1884-1963), pendidik dan penulis. Dia lahir pada 2 Disember 1884 di Kampung Tengah, Linggi, Negeri Sembilan. Dia mendapat pendidikan di sekolah Melayu sebelum melanjutkan pelajaran ke Maktab Melayu Melaka pada tahun 1900. Dia adalah perintis maktab tersebut, yang merupakan maktab pertama di Semenanjung yang menyediakan latihan perguruan yang khusus untuk para guru sekolah Melayu. Pelajar yang mencapai keputusan terbaik sahaja diterima sebagai pelatih di sini. SEJARAH DAN ARKEOLOGITokoh
DAENG MAREWAH

DAENG MAREWAH (? -1728), Yang Dipertuan Muda Riau-Johor yang pertama dan juga orang yang mendirikan perkampungan Bugis di Linggi dan Selangor. Daeng Marewah ialah anak yang ketiga kepada Opu Tendribureng Daeng Rilaka.

           

SEJARAH DAN ARKEOLOGITokoh
MOHAMED SAID HAJI MUHAMMAD, TAN SRI

MOHAMED SAID HAJI MUHAMMAD, Tan Sri (1907-1996), Menteri Besar Negeri Sembilan (1959-1969). Dia lahir pada 31 Oktober 1907 di Linggi, Negeri Sembilan. Dia merupakan anak Melayu Negeri Sembilan yang pertama berkelulusan doktor pakar dalam bidang perubatan.

SEJARAH DAN ARKEOLOGITokoh
DATO' BANDAR SUNGAI UJONG

DATO’ BANDAR SUNGAI UJONG, gelaran pembesar yang diwujudkan oleh Sultan Abdul Jalil III, Sultan Johor, semasa Sungai Ujong berada di bawah takluk Johor, bermula pada tahun 1715. Dato’ Bandar mempunyai kuasa memungut hasil, cukai perniagaan dan perkapalan sepanjang Sungai Linggi. Kekayaan Dato’ Bandar meletakkannya setaraf dengan kedudukan Dato’ Kelana Sungai Ujong. Manakala Syahbandar, pembesar ketiga di Sungai Ujong pula telah ada pada zaman Kesultanan Melaka.

 

SEJARAH DAN ARKEOLOGIJawatan/Gelaran
SYED ABDUL RAHMAN, DATO' KELANASYED ABDUL RAHMAN, Dato’ Kelana ( ? – 1889), Undang Sungai Ujong, Negeri Sembilan. Beliau menggantikan bapa saudaranya, Dato’ Kelana Sendeng, yang meninggal dunia pada tahun 1872. Ketika menjadi Dato’ Kelana, Syed Abdul Rahman menerima cabaran daripada Dato’ Syahbandar Abdullah Tunggal tentang pungutan cukai di Kuala Linggi. Pada 21 April 1874, Dato’ Kelana Syed Abdul Rahman menandatangani perjanjian dengan pihak British. Dengan termeterainya perjanjian ini, beliau bersetuju berlindung di bawah kerajaan British. Beliau juga bersetuju meletakkan kawasan dari Sempang hingga Permatang Pasir di bawah pentadbiran dan kawalan British.SEJARAH DAN ARKEOLOGITokoh
MUHAMMAD YUSUF AHMAD, DATO'

MUHAMMAD YUSUF AHMAD, Dato’ (1900-1980), pentadbir dan penulis. Dia lahir pada 17 September 1900di Batu Kikir, Negeri Sembilan. Muhammad Yusuf ialah adik kepada Zainal Abidin Ahmad (Za’ba). Dia mendapat pendidikan formal di Sekolah Melayu Batu Kikir dan Linggi (1907-1912). Kemudian dia menjadi guru pelatih dan seterusnya mengikuti kursus perguruan selama dua tahun di Maktab Perguruan Melayu Melaka (1914-1916). Dari tahun 1916 hingga tahun 1919, Muhammad Yusuf menyambung pelajarannya di Malay College Kuala Kangsar (MCKK) dan menamatkan pengajiannya hingga Darjah Tujuh.

SASTERATokoh
12

Kembali ke atas