| GARISAN LINTANG KUDA | | UMUM | |
| ALIR LINTANG | Alir lintang, satu proses apabila udara yang panas dan lembap bergerak ke atas suatu permukaan yang dingin dan menyebabkan udara tersebut kehilangan haba. | GEOGRAFI DAN GEOLOGI | Proses/Tindak Balas |
| SOLSTIS | Solstis ialah satu daripada dua ketika yang berlaku setiap tahun apabila matahari berada pada kedudukan paling utara atau paling selatan. Matahari muncul tepat di atas kepala di garisan lintang yang berubah-ubah sepanjang tahun disebabkan oleh kecondongan paksi putaran bumi. Paksi itu condong pada sudut 2327 dari satah orbit bumi yang mengelilingi matahari. Solstis musim panas berlaku apabila matahari tiba di titik paling utara, iaitu tepat di atas kepala di Garisan Sartan (garisan lintang 2327 utara). Sewaktu solstis musim sejuk pula, matahari muncul pada kedudukan yang paling selatan, iaitu tepat di atas kepala di Garisan Jadi (garis lintang 2327 selatan). | UMUM | |
| UNJURAN PETA | Kaedah mentrasformasikan permukaan bumi ke satu permukaan rata berasaskan sistem susunan garisan lintang dan garisan bujur. | GEOGRAFI DAN GEOLOGI | Kaedah |
| KANGAR | Kangar (pend. 40 000), ibu negeri Perlis. Kangar terletak pada garisan lintang 6° 26' Utara dan garisan bujur 100° 12' Timur, iaitu 10 kilometer ke hulu dari Kuala Sungai Perlis. | UMUM | |
| ANJING PIT BULL | Anjing pit bull ialah nama am bagi mana-mana hasil kacukan lintang anjing yang biasanya mempunyai beberapa ciri anjing bulldog dan terrier. Satu ketika dahulu anjing pit bull ini digunakan untuk menyerang lembu dan beruang. Ada kalanya anjing ini juga menyerang dan membunuh manusia. | UMUM | |
| ANGIN LAZIM BARATAN | Angin lazim baratan ialah angin yang bertiup di kawasan tengah garisan lintang utara dan selatan dari arah barat ke timur. | UMUM | |
| SELANGOR | Selangor (pend. 2 289 236) ialah negeri yang terletak di pantai barat Semenanjung Malaysia, keluasannya 8200 kilometer persegi, berada di antara garisan lintang 3 ° 40’ dan 2 ° 30’ utara. Ibu negerinya Shah Alam sementara bandar diraja ialah Kelang yang terletak di bahagian barat negeri itu. Shah Alam menjadi ibu negeri Selangor dan pusat pentadbiran pada tahun 1980 setelah mengalami perubahan pesat baik dari segi infrastruktur mahupun kependudukan. Ini disebabkan kawasan Shah Alam lebih luas dan mempunyai perancangan bandar moden yang lebih sistematik. Shah Alam semakin berkembang dengan mempunyai beberapa buah hotel mewah dan kawasan perindustrian dan pelancongan. | UMUM | |
| ACEH | ACEH, daerah istimewa di utara Pulau Sumatera, Indonesia. Aceh terletak di antara garis lintang 2°U hingga 6°U dan garis bujur 95°T hingga 98°T. Ibu kotanya ialah Banda Aceh. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Konsep |
| KOREA SELATAN | Korea Selatan, negara yang terletak di antara garis lintang 43o U dan 34o U, dengan keluasan 100 km2 dari utara ke selatan dan 216 km2 dari timur ke barat. | GEOGRAFI DAN GEOLOGI | Bandar/Negeri/Negara/Tempat |