| Darjah ialah nama bagi pelbagai unit kecil  ukuran. Dalam geometri dan peta, darjah ialah unit  ukuran bagi sudut dan arka bulatan. Sudut 1 darjah  (1° ) bersamaan 1 /90 sudut tegak. Arka 1° bersamaan  dengan 1 /360 bulatan penuh. Oleh sebab garisan  lintang (latitud) dan garisan bujur (longitud)  ialah bulatan, maka ia dikira dalam unit darjah.  Darjah dalam geometri dibahagikan kepada 60  unit yang dikenali sebagai minit. Satu minit pula  dibahagikan kepada 60 saat. Dalam sesetengah  cabang matematik seperti trigonometri, sudut  diukur dalam unit yang dikenali sebagai radian.  |