Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[li.pu.tan] | ليڤوتن

Definisi : 1. sesuatu yg meliputi (menyeliputi, memenuhi, menutupi) sesuatu: ~ salji di kemuncak gunung; 2. = ~ berita perihal membuat laporan tentang sesuatu peristiwa atau satu siri peristiwa (dlm jurnal, akhbar, dsb): dia ditugaskan membuat ~ dlm persidangan itu. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[li.pu.tan] | ليڤوتن

Definisi : 1 apa-apa (spt pasir, salji) yg meliputi atau menutupi sesuatu yg lain: Sejauh mata memandang, hanya ~ salji yg kelihatan. 2 laporan ttg sesuatu peristiwa yg sedang berlaku (berlangsung) utk media massa. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata liputan


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
TASMANIA

Tasmania ialah negeri yang paling kecil di

Australia dan terletak di hujung tenggara benua

tersebut. Tasmania dipisahkan dari tanah besar

oleh Selat Bass, yang lebarnya hanya 240 kilometer.

Laut yang cetek ini mempunyai kedalaman yang

berbeza, iaitu dari 55 meter hingga 90 meter.

Sebelum terjadinya percairan pada liputan ais

dunia lebih kurang 8000 hingga 12 000 tahun

dahulu, bahagian ini merupakan daratan yang

kering.

UMUM 
GRAMMAR AND DICTIONARY OF THE MALAY LANGUAGE

GRAMMAR AND DICTIONARY OF THE MALAY LANGUAGE, kamus yang disusun oleh John Crawfurd pada tahun 1852. Kamus ini terbahagi kepada dua bahagian, iaitu Melayu-Inggeris dan Inggeris-Melayu, dan mengandungi lebih 13 000 entri untuk kedua-dua bahasa. Liputan adalah memadai walaupun tidak komprehensif dan mengambil kira perkataan yang berasal daripada bahasa asing seperti Arab, Jawa, Belanda, Inggeris, Hindi, Portugis, dan sebagainya.

BAHASAPenerbitan
GUNUNG TAHAN

GUNUNG TAHAN, Gunung yang tertinggi di Semenanjung Malaysia. Kemuncaknya setinggi 2207 m dari paras laut. Gunung Tahan terletak di utara negeri Pahang berhampiran dengan sempadan Kelantan dan merupakan kemuncak Banjaran Gunung Tahan. Banjaran ini terdiri daripada batuan enapan kuartzit konglomerat, batu pasir dan syal yang telah dilipat zaman lampau. Sepanjang banjaran ini mempunyai permukaan yang kasar akibat ketahanan batu kuartzit daripada diluluhawa. Satu lagi ciri yang luar biasa di Banjaran Gunung Tahan ialah liputan tumbuh-tumbuhan yang nipis kerana tanahnya tidak subur. Kesinambungannya banjaran ini terganggu oleh Sungai Rompin. Banjaran ini memanjang ke selatan sebagai bukit-bukit rendah di sepanjang tengah dan timur Johor dan sebagai bukit Mount Faber di Singapura.

SEJARAH DAN ARKEOLOGIBandar/Negeri/Negara/Tempat
TELEVISYEN

Televisyen, juga dikenali sebagai TV, adalah salah

satu kaedah komunikasi yang paling penting. Ia

membawa gambar dan suara dari seluruh dunia ke

berjuta-juta rumah. Komunikasi satelit di angkasa

lepas menyiarkan gambar TV merentasi lautan dan

benua. Pemilik peti televisyen boleh berada di rumah

dan menonton pemimpin negara membuat ucapan

atau lawatan ke negara luar. Mereka boleh

menyaksikan peperangan yang sedang berlaku dan

melihat bagaimana pemimpin kerajaan berusaha

untuk mewujudkan keamanan. Melalui TV, penonton

dapat melihat dan belajar tentang manusia, haiwan,

pelbagai perkara lain dari negara-negara yang jauh.

Berjuta-juta manusia di seluruh dunia boleh

menonton rancangan sukan, seperti Sukan Olimpik,

dan pelbagai peristiwa lain yang menarik di dunia.

Televisyen juga membawa penonton keluar dari

dunia ini melalui liputan dari penerbangan angkasa.

Selain itu, televisyen juga menyediakan pelbagai

rancangan tetap yang direka khas untuk menghibur.

Sebenarnya, TV menyediakan banyak rancangan

hiburan berbanding dengan rancangan lain.

Rancangan itu termasuk drama; komedi ringan; siri

fiksyen, yang dikenali sebagai drama lipur lara; acara

sukan; kartun, kuiz, dan pertunjukan aneka ragam;

dan filem cereka.

UMUM 

Kembali ke atas