| SENEFELDER, ALOIS | Senefelder, Alois (1771–1834), mencipta proses litografi (lihat Litografi). Sebagai anak muda, Senefelder menulis drama. Oleh kerana dia tidak dapat menerbitkan dramanya, maka dia cuba mencetaknya sendiri. Semasa menyediakan goresan di atas papak batu, dia menulis di atasnya menggunakan krayon lilin dan mendapati bahawa goresan itu boleh didakwatkan (diwarnakan) dan dicetak. Dia lahir di Munich, Jerman. | UMUM | |
| LITOGRAFI | | UMUM | |
| SENI GRAFIK | Seni grafik ialah istilah umum bagi lukisan dan teknik lain yang digunakan untuk menghasilkan semula perkataan dan gambar. Teknik tersebut termasuk cetakan blok, turisan, goresan, litografi, dan cetakan skrin sutera. Seni lukis cat pernah dianggap sebagai salah satu seni grafik, tetapi kini dianggap ia umumnya sebagai bentuk seni yang tersendiri. | UMUM | |
| SYAIR SULTAN ABDUL MULUK | SYAIR SULTAN ABDUL MULUK, puisi Melayu tradisional. Syair ini pernah diterbitkan oleh Roorda van Eysinga pada tahun 1847 dalam majalah Tijdschrift Nederlandsch Indie. Terdapat lima buah versi syair ini iaitu MS 450 milik Perpustakaan Negara Malaysia, Cod. Or 1740, Cod. Or 1748 dan Cod. Or 3368 milik Perpustakaan Universiti Leiden, dan sebuah lagi tersimpan di Pusat Dokumentasi dan Kebudayaan Pulau Penyengat, Riau. Syair Sultan Abdul Muluk juga telah diterbitkan oleh Muhammad Ali bin Uthman, Melaka (1867), Haji Muhammad Tahir, Kampung Bangkahulu (1868), Haji Abdul Majid, Singapura (1874), Haji Muhammad Amin, Singapura (1894) dan Matba’ Haji Muhammad Siraj, Singapura (1901). Terbitan ini semuanya dalam bentuk litografi Jawi. | SASTERA | Konsep |