Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[lo.bi] | لوبي

Definisi : ruang legar. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[lo.bi] | لوبي

Definisi : ; melobi berusaha utk mempengaruhi pihak-pihak yg berkuasa bagi mendapatkan sesuatu spt sokongan: kegiatan ~ dilakukan di seluruh dunia; lobi-melobi saling melobi antara satu dgn lain; pelobian perihal atau perbuatan melobi: kedapatan ~ yg sangat ketara menjelang hari pencalonan itu; pelobi pihak yg melobi. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[lo.bi] | لوبي

Definisi : ruang yg agak luas di sebelah dalam pintu utama sesebuah bangunan; ruang legar. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[lo.bi] | لوبي

Definisi : kegiatan, tindakan atau usaha yg dilakukan utk mempengaruhi seseorang (sesuatu pihak) yg ada kaitan, biasanya yg ada kuasa dlm sesuatu pemilihan, dlm membuat keputusan dsb. melobi melakukan sesuatu utk mempengaruhi seseorang yg ada kaitan atau yg ada kuasa dlm menentukan sesuatu. pelobian perbuatan atau hal melobi. pelobi orang (pihak) yg melobi. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata lobi


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
PERCEVAL, SPENCER

Perceval, Spencer (1762–1812) ialah satu-

satunya perdana menteri British yang dibunuh

semasa memegang jawatan. Pada 11 Mei 1812,

ketika sedang memasuki lobi Dewan Rakyat, dia

ditembak oleh John Bellingham. Semasa

dibicarakan, Bellingham merayu dengan

mengatakan bahawa dia tidak siuman ketika

membunuh Perceval. Tetapi dia didapati bersalah

dan digantung sampai mati pada 18 Mei. Perceval

menjadi perdana menteri selama tiga tahun

semasa Perang Napoleon.

UMUM 

Kembali ke atas