LOJI KUASA | | UMUM | |
PEMINDAHAN JISIM | Operasi yang terdapat dalam setiap loji pemprosesan industri kimia, petrokimia, gas asli, petroleum, makanan, elektronik, dan biologi. Dalam industri tersebut, bahan mentah diproses secara kimia atau fizik untuk menghasilkan produk yang lebih berharga. Walaupun setiap industri melibatkan bahan mentah dan produk yang berbeza, ia menggunakan operasi pemprosesan tertentu yang mempunyai persamaan antara satu industri dengan industri yang lain. Pemisahan minyak mentah dengan menggunakan penyulingan, pemisahan pepejal daripada ampaian menggunakan penurasan, dan penyingkiran air melalui penyejatan merupakan contoh operasi unit yang digunakan dalam industri. Setiap operasi unit seperti penyulingan berbeza dari segi fizikal bagi industri petrokimia dan industri pemprosesan minyak sawit, tetapi direka bentuk berasaskan teknik dan prinsip yang sama. | KEJURUTERAAN | Proses/Tindak Balas |
TURUS PLAT | Sejenis peralatan yang terdapat dalam loji kimia. Alat ini berfungsi untuk mengendalikan proses pemisahan campuran gas atau cecair bagi menghasilkan produk pada ketulenan tertentu. Proses pemisahan yang menggunakan turus plat ialah penyulingan dan penyerapan. Di dalam turus plat terdapat sejumlah plat yang diatur di atas satu sama lain pada satu jarak yang tertentu. Jumlah plat di dalam turus bergantung pada jenis komponen dalam campuran yang perlu dipisahkan dan juga tahap pemisahan yang diperlukan. Plat-plat ini berfungsi sebagai medium penyentuh antara aliran wap yang naik ke atas dengan aliran cecair yang turun ke bawah. Kedua-dua aliran ini bersentuh secara bersilang. Aliran cecair dari plat atas mengalir ke plat bawah melalui salur penurunan dan seterusnya merentasi permukaan plat sebelum mengalir melalui salur....Rujuk Ensiklopedia Sains dan Teknologi | KEJURUTERAAN | Teori/Teorem/Hukum |
TURUS TERPADAT | Sejenis alat yang terdapat di dalam loji kimia. Alat ini berfungsi untuk mengendalikan proses pemisahan campuran cecair atau gas untuk menghasilkan produk pada ketulenan tertentu. Antara jenis proses pemisahan yang .....Rujuk Ensiklopedia Sains dan Teknologi | KEJURUTERAAN | Teori/Teorem/Hukum |
ANALISIS | Kaedah yang diwujudkan bagi memperbaiki pendekatan reka bentuk logi kimia dengan tujuan menghasilkan loji kimia yang dapat beroperasi pada tahap maksimum. | KEJURUTERAAN | Konsep |
ANALISIS JEPIT | Kaedah yang diwujudkan bagi memperbaiki pendekatan reka bentuk logi kimia dengan tujuan menghasilkan loji kimia yang dapat beroperasi pada tahap maksimum. | KEJURUTERAAN | Konsep |
ALIRAN PROSES | Kaedah yang diwujudkan bagi memperbaiki pendekatan reka bentuk logi kimia dengan tujuan menghasilkan loji kimia yang dapat beroperasi pada tahap maksimum. | KEJURUTERAAN | Konsep |
SYARIKAT MULTINASIONAL | Syarikat multinasional ialah pertubuhan perniagaan yang berpangkalan di sesebuah negara dan mempunyai cawangan, subsidiari dan loji di negara-negara lain. Pertubuhan ini menjalankan kegiatan kewangan, pengeluaran, pemasaran dan penyelidikan, dan pembangunan dalam operasinya di luar negara. | UMUM | |
KAPAL SELAM KUASA ATOM | Kapal selam kuasa atom, atau kapal selam nuklear . Lihat Kapal selam (Loji Kuasa; Kapal selam nuklear). | UMUM | |
SAMARA | Samara (pend. 1 250 000) ialah pusat pembuatan yang utama di Rusia dan pelabuhan Sungai Volga (lihat Rusia [peta politik]). Sebuah telaga minyak yang besar dan ladang gandum yang subur terletak berhampiran Samara. Loji kuasa hidroelektrik Samara meliputi sebuah empangan di Sungai Volga. Keluaran pembuatannya termasuk kapal terbang, makanan dan lokomotif. Samara ditukar namanya kepada Kuybyshev pada tahun 1935, apabila Rusia menjadi sebuah republik dalam Kesatuan Soviet. Ia dinamakan semula sebagai Samara pada tahun 1991, tidak lama sebelum Republik Soviet menjadi negara merdeka. | UMUM | |