GAS LOMBONG | | UMUM | |
LOMBONG DEDAH | Lombong dedah ialah salah satu kaedah melombong bahan galian. | GEOGRAFI DAN GEOLOGI | Kaedah |
LOMBONG BAWAH TANAH | Lombong bawah tanah, aktiviti melombong yang dijalankan di bawah permukaan bumi. | GEOGRAFI DAN GEOLOGI | Kaedah |
ABRAHAM, WILLIAM | Abraham, William (1842–1922), tokoh politik dan pemimpin kesatuan sekerja dari Wales. Dia lahir di Cwmavon, Gwent, dan mula bekerja sebagai pekerja lombong semasa berusia sembilan tahun. Pada tahun 1871, dia menjadi wakil para pekerja lombong dan berusaha beberapa tahun untuk memperbaik kesatuan pekerja lombong. Sebagai wakil ahli radikal Parti Liberal, dia dilantik menjadi ahli parlimen pada tahun 1885. Abraham menyertai Parti Buruh selepas pertubuhan kebangsaan pekerja lombong bergabung dengan Parti Buruh pada tahun 1909. Dia kekal sebagai ahli parlimen sehingga tahun 1920. Abraham terkenal sebagai pemidato dan mengambil bahagian dalam pesta sastera budaya Wales yang dikenali sebagai eisteddfods. Dia terkenal di Wales dengan nama Mabon sempena kegiatannya dalam pesta eisteddfods. | UMUM | |
SAVAGE | Savage ialah sebatang sungai di pergunungan barat laut Tasmania, Australia. Di sinilah terletaknya lombong bijih besi yang mengeluarkan hasil secara besar-besaran. Bijih besi gred rendah yang dikenali sebagai magnetit dikeluarkan daripada lombong dedah berhampiran sungai. Magnetit itu ditumbuk menjadi debu, dan zarah besi dikeluarkan daripadanya dengan menggunakan magnet. Air ditambah dan sluri dipam sejauh 87 kilometer melalui saluran paip ke Port Latta. Di situ, bijih besi dibentuk menjadi penabur yang diameternya kira-kira satu sentimeter, dan dikeraskan melalui proses pemanasan. Hampir 2 286 000 tan metrik penabur dipunggah setiap tahun ke dalam kontena besar untuk dieksport ke Jepun. | UMUM | |
MOGOK UMUM BRITAIN | Mogok umum Britain telah diadakan pada tahun 1926 oleh kebanyakan kesatuan sekerja United Kingdom kerana menyokong Kesatuan Sekerja Pekerja Lombong. Pada tahun 1925, pemilik lombong mencadangkan pemotongan gaji. Pelombong enggan menerimanya. Perdana Menteri, Stanley Baldwin, menubuhkan suruhanjaya yang diketuai oleh Sir Herbert Samuel untuk menyiasat keadaan di dalam industri tersebut. Suruhanjaya tersebut menyokong pemotongan gaji itu. | UMUM | |
KALGOORLIE | Kalgoorlie (pend. 26 079) ialah bandar di Australia Barat dan pusat lombong emas dan nikel yang utama di Australia. | UMUM | |
SMITH, JAMES | Smith, James (1827–1897), yang dikenali sebagai Smith Ahli Falsafah, menjumpai lombong yang kaya dengan timah di Gunung Bischoff di negara pulau Australia, iaitu Tasmania pada tahun 1871. Dia menubuhkan Mount Biscnoff Tin Mining Company Bischoff pada tahun 1873. Dia menjadi ahli parlimen dari tahun 1886 hingga tahun 1888 sebelum bersara untuk berladang di Forth. Smith lahir di George Town, Tasmania dan bekerja sebagai perantis pengilang tepung dan mencari gali emas di Victoria. | UMUM | |
DENAI BOZEMAN | Denai Bozeman ialah laluan yang digunakan oleh pengembara pada tahun 1860-an untuk sampai ke lombong emas di Montana dan Idaho di Amerika Syarikat. Denai ini meliputi kira-kira 970 kilometer di antara apa yang kini dikenali sebagai Fort Laramie, Wyoming, dan Virginia City, Montana. Denai ini mengambil sempena nama John M. Bozeman, yang membinanya pada tahun 1863. | UMUM | |
ANJING TERRIER AUSTRALIA | Anjing terrier Australia ialah anjing kecil yang pada suatu masa dahulu digunakan untuk mengawal lombong dan mengawasi kambing biri- biri di Australia. | UMUM | |