LOUIS, JOE | | UMUM | |
LOUIS PHILIPPE | | UMUM | |
LOUIS | | UMUM | |
PORT LOUIS | Port Louis (pend. 138 482) ialah ibu negara, bandar terbesar dan pelabuhan terkemuka Mauritius, negara pulau di Lautan Hindi. Port Louis terletak di tanah pamah di pantai barat laut pulau ini yang juga dikenali sebagai Mauritius. Untuk lokasi, lihat Mauritius (peta). Industri utama bandar ini ialah pembuatan tekstil, loji memproses makanan, syarikat perkapalan, dan badan kerajaan. Gula merupakan keluaran utama Mauritius yang dieksport melalui Port Louis. | UMUM | |
SAINT LOUIS | Saint Louis (pend. 396 685) ialah bandar kedua terbesar di Missouri, Amerika Syarikat, dan merupakan pusat industri dan pengangkutan yang utama di Amerika Syarikat. Hanya bandar Kansas yang mempunyai lebih ramai penduduk. Saint Louis terletak di tebing barat Sungai Mississippi, kira-kira 16 kilometer di selatan tempat pertemuan Sungai Mississippi dengan Sungai Missouri. St. Louis merupakan pelabuhan pedalaman yang paling sibuk di Sungai Mississippi. | UMUM | |
THIERS, LOUIS ADOLPHE | Thiers, Louis Adolphe (1797–1877) ialah presiden pertama Republik Perancis Ketiga. Buku 10 jilid yang ditulisnya, History of the French Revolution (1823–1827) menjadikannya terkenal. Thiers membantu Louis Phillipe menduduki takhta Perancis. | UMUM | |
AGASSIZ, LOUIS | Agassiz, Louis (1807–1873) ialah pengkaji alam kelahiran Switzerland yang mengkaji berjenis-jenis haiwan di Eropah dan Amerika. Dia menjadi terkenal kerana karyanya tentang bentuk ikan moden dan bentuk fosil. Dia percaya bahawa spesies haiwan tidak berubah, dan mengkritik teori evolusi Darwin. Jean Louis Rodolphe Agassiz lahir di Motieren- Vuly, Switzerland. Louis, Agassiz belajar di Zurich, Heidelberg, dan Munich. Agassiz pindah ke Amerika Syarikat pada tahun 1846 dan menjadi profesor zoologi dan geologi di Harvard University pada tahun 1848 (lihat Geologi). | UMUM | |
BLÉRIOT, LOUIS | | UMUM | |
GODEY, LOUIS ANTOINE | | UMUM | |
CHEVROLET, LOUIS | | UMUM | |