Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata luasnya


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
SUNGAI YENISEY

Sungai Yenisey mengalirkan air ke kawasan

yang luasnya melebihi 2.6 juta kilometer persegi di

Siberia, Rusia. Sungai ini mengalir sepanjang 4093

kilometer bermula dari Pergunungan Sayan di

selatan Siberia ke muaranya di pantai Artik.

Selepas melintasi kawasan Pergunungan Sayan,

sungai ini mengalir ke arah utara. Ia memasuki Laut

Kara melalui muara, 320 kilometer di sebelah timur

Teluk Ob (Obskaya Guba). Kapal berkuasa stim

boleh memudik sehingga 640 kilometer ke hulu

Sungai Yenisey hingga ke pelabuhan balak Igarka.

UMUM 
RHODE ISLAND

Rhode Island (pend. 1 005 984) ialah negeri yang

terkecil di Amerika Syarikat. Luasnya hanya 3140

kilometer persegi. Negeri ini terletak di Teluk

Narragansett, cabang Lautan Atlantik. Kepulauan ini

terdiri daripada 36 buah pulau, tetapi sebahagian

besar daripada negeri ini terletak dalam tanah

besar Amerika Syarikat.

UMUM 
TASIK MACQUARIE

Tasik Macquarie ialah lagun pinggir laut yang

besar di New South Wales, Australia. Luasnya kira-kira

100 kilometer persegi dan terletak kira-kira 15

kilometer ke selatan Newcastle. Air Tasik

Macquarie dibekalkan daripada beberapa anak

sungai kecil dan yang terbesar daripadanya ialah

Dora Creek dan Cockle Creek. Tasik Macquarie

terbuka terus ke laut di Tasik Entrance, berdekatan

dengan bandar pinggir laut Swansea. Bandar

utama yang lain di pesisir tasik tersebut ialah

Toronto, Wangi Wangi dan Belmont. Stesen

penjanaan kuasa terma Vales Point dan Wangi

mendapat bekalan air dari tasik tersebut. Tasik

Macquarie sebuah tempat percutian popular yang

menyediakan kemudahan bermain bot dan

memancing yang sangat baik.

UMUM 
MAINE

Maine (pend. 1 233 223) ialah sebuah negeri di

timur laut Amerika Syarikat. Luasnya 86 156

kilometer persegi. Bandar-bandar terbesarnya ialah

Portland, Lewiston dan Bangor. Augusta ialah ibu

negerinya. Nama Maine mungkin bererti mainland

(tanah besar) dalam bahasa Inggeris. Penjelajah-

penjelajah awal Inggeris menggunakan istilah The

Main untuk membezakan tanah besar daripada

pulau-pulau di luar pantai.

UMUM 
MONTANA

Montana (pend. 803 655 ) ialah sebuah negeri di

kawasan Pergunungan Rocky, Amerika Syarikat.

Luasnya 380 848 kilometer persegi dan adalah negeri

keempat terbesar di Amerika Syarikat dari segi

keluasan kawasan. Tetapi Montana mempunyai

antara jumlah penduduk yang paling sedikit di

Amerika Syarikat. Hanya ada dua bandar besar di

negeri tersebut, iaitu Billings dan Great Falls. Helena

ialah ibu negeri. Nama Montana berasal daripada

perkataan Sepanyol yang bermakna bergunung-ganang.

Bahagian barat negeri tersebut merupakan

kawasan yang indah dan terdapat gunung-ganang

yang tinggi dan berceranggah. Emas dan perak yang

terdapat di pergunungan tersebut menyebabkan

Montana digelar Negeri Khazanah.

UMUM 
TASIK TE ANAU

Tasik Te Anau ialah tasik yang terbesar di Pulau

Selatan New Zealand. Tasik ini luasnya 344

kilometer persegi dan panjangnya melebihi 64

kilometer. Ia mempunyai tiga buah terusan yang

panjang yang menganjur ke luar ke arah

pergunungan di bahagian barat. Kebanyakan

puncak gunung di sekeliling tasik ini menjulang

hingga melebihi 1800 meter di atas aras laut. Te

Anau, sebuah bandar kecil di hujung selatan tasik

ini, merupakan tempat percutian yang popular.

Antara tarikannya ialah perjalanan dengan bot di

Tasik Te Anau. Tasik ini juga merupakan tempat

permulaan Milford Track, iaitu lorong pejalan kaki

yang mengambil masa selama tiga hari untuk

sampai ke Milford Sound. Untuk lokasi, lihat New

Zealand (peta rupa bumi).

UMUM 
TASIK TORRENS

Tasik Torrens ialah tasik air masin yang cetek di

Australia Selatan. Panjang tasik ini ialah 193

kilometer dan lebarnya 64 kilometer. Luasnya 5776

kilometer persegi. Untuk lokasi, lihat Australia (peta

rupa bumi).

UMUM 
PERGUNUNGAN ROCKY

Pergunungan Rocky ialah sistem pergunungan

terbesar di Amerika Utara. Rangkaian Pergunungan

Rocky memanjang lebih 4800 kilometer merentasi

Amerika Syarikat dan Kanada. Luasnya di sesetengah

tempat lebih kurang 560 kilometer. Di Amerika

Syarikat, Pergunungan Rocky menganjur sehingga

ke New Mexico, Colorado, Utah, Wyoming, Idaho,

Montana , Washington, dan Alaska. Pergunungan

Rocky Kanada pula terbentang ke wilayah-wilayah

Alberta dan British Columbia, dan Wilayah Barat

Laut dan Wilayah Yukon.

UMUM 
MAKATI

Makati (pend. 372 204) ialah bandar di Pulau

Luzon, Filipina. Ia terletak kira-kira satu kilometer di

selatan Manila, ibu negara Filipina, dan luasnya

lebih kurang 29 kilometer persegi. Makati ialah

kawasan pinggir Manila yang makmur dan

mempunyai kawasan kediaman yang selamat serta

menjadi tempat tinggal orang Filipina yang kaya

dan juga masyarakat asing di Manila.

UMUM 
TASIK BALKHASH

Tasik Balkhash ialah sebuah tasik yang besar,

terletak di bahagian tenggara Kazakhstan. Tasik

tersebut terletak 342 meter di atas aras laut dan

luasnya 17 275 kilometer persegi. Lebar tasik

Balkhash hanya 10 kilometer di bahagian timur dan

87 kilometer di hujung bahagian barat. Air di

bahagian barat Tasik Balkhash tawar kerana

dimasuki Sungai Ili, tetapi terdapat air masin di

hujung bahagian timur. Beberapa buah sungai

mengalir ke dalam Tasik Balkhash, namun begitu

tasik tersebut tidak mempunyai laluan keluar. Ais

meliputi tasik tersebut dari bulan November

hingga bulan April. Untuk lokasi Tasik Balkhash,

lihat Kazakhstan (peta).

UMUM 
123

Kembali ke atas