EPIGRAM | Epigram ialah puisi lucu ringkas, atau pepatah yang tajam maksudnya. Ciri-ciri pentingnya termasuklah kemampatan, kehalusan, keseimbangan, dan kejelasan. | UMUM | |
AMIS, KINGSLEY | Amis, Kingsley (1922–1995) ialah penulis novel Inggeris yang terkenal dengan kisah satiranya yang lucu pintar tentang masyarakat British. Karyanya yang paling termasyhur ialah novelnya yang pertama, Lucky Jim (1954). Dalam novel ini, Jim Dixon, seorang pensyarah universiti yang muda berasa meluat terhadap kepura-puraan rakan-rakan sekerjanya dan kerja mereka. Jim menghina pegawai atasannya dan bereaksi dengan telatah lucu. Akibatnya dia dipecat dari universiti. Novel-novelnya yang lain termasuk That Uncertain Feeling (1955), Take a Girl Like You (1960), One Fat Englishman (1964), The Green Man (1970), Jake’s Thing (1979), Stanley and the Women (1984), dan The Old Devils (1986). | UMUM | |
NYE, BILL | Nye, Bill (1850–1896), penulis satira lucu Amerika yang popular. Dia menjadi masyhur kerana kemahiran menulis esei dan anekdot (cerita ringkas) tentang pelbagai subjek daripada American West kepada kewartawanan. Nye juga merupakan pensyarah komik yang berjaya. | UMUM | |
PARODI | Parodi ialah tiruan lucu karya sastera. Seseorang penulis menghasilkan parodi untuk mempersenda karya orang lain dengan melebih-lebihkan gaya atau pengolahan pokok persoalannya. | UMUM | |
MARX BERSAUDARA | Marx bersaudara ialah tiga bersaudara Amerika yang terkenal kerana telatah lucu mereka dalam filem. | UMUM | |
KOMEDI | Komedi ialah bentuk lakon berkenaan aspek lucu atau jenaka kelakuan manusia. Kebanyakan komedi mempunyai suasana persendaan dan berakhir dengan kegembiraan. | UMUM | |
MALAMUD, BERNARD | Malamud, Bernard (1914–1986) ialah pengarang Amerika. Kebanyakan fiksyen Malamud diceritakan dalam bentuk lucu tetapi penuh rasa simpati terhadap nasib malang yang menimpa penduduk kota, terutama orang Yahudi. | UMUM | |
MOLNÁR, FERENC | Molnár, Ferenc (1878–1952) ialah penulis drama Hungary yang terkenal pada zamannya. Dia menulis drama komedi romantik dengan dialog yang lucu. Dalam The Guardsman (1910), seorang suami yang cemburu, berpura-pura menjadi musuhnya sendiri. The Glass Slipper (1924) mempersembahkan drama komedi berdasarkan kisah Cinderella. Liliom (1909) sebuah drama yang lebih serius mengenai taman hiburan, kemudiannya yang menjadi asas kepada drama muzikal Rodger dan Hammerstein, Carousel (1945). Antara drama komedi Molnár yang lain, termasuklah The Devil (1907), The Swan (1920), dan The Play’s the Thing (1926). | UMUM | |
SONDHEIM, STEPHEN | Sondheim, Stephen (1930– ) ialah penggubah dan penulis lirik Amerika yang terkenal dengan komedi muzikalnya. Sondheim popular melalui lirik yang lucu tetapi bijaksana, melodi yang kompleks, dan plot yang canggih. Dia memenangi Hadiah Pulitzer pada tahun 1985, untuk drama Sunday in the Park with George (1984). Dia memenangi Academy Award untuk lagu “Sooner or Later” daripada filem Dick Tracy (1990). | UMUM | |
ROBEY, SIR GEORGE | Robey, Sir George (1869–1964) ialah salah seorang bintang muzik dewan Inggeris. Dia terkenal dengan kepetahan bercakap, kata bernas dan lucu yang diucapkan tanpa sebarang persediaan, nyanyian dan sketsa watak seperti “The Prehistoric Man”. Semasa Perang Dunia I (1914– 1918), dia mengambil peranan dalam pusparagam The Bing Boys Are Here, yang termasuklah lagu “If You Were the Only Girl in the World “. | UMUM | |