Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
SENI LUKIS

Seni lukis adalah satu daripada seni yang tertua

dan terpenting. Sejak zaman prasejarah, artis telah

menyusun warna pada permukaan dengan cara

untuk menyatakan idea mereka tentang manusia,

dunia, dan agama. Lukisan yang dicipta oleh artis

bernilai tinggi bagi manusia. Ia memberikan

keseronokan dan maklumat kepada manusia.

UMUM 
BALAI SENI LUKIS NEGARA

BALAI SENI LUKIS NEGARA, balai pameran yang menghimpunkan karya pelukis Malaysia. Idea untuk menubuhkan Balai Seni Lukis Negara (BSLN) telah ditimbulkan oleh Majlis Kesenian Persekutuan Malaya pada tahun 1954. Pada awal tahun 1958, kerajaan Persekutuan telah memperuntukkan sebahagian daripada bangunan Dewan Tunku Abdul Rahman untuk kegunaan sementara BSLN.

BUDAYABandar/Negeri/Negara/Tempat
KUBISME

Kubisme ialah gerakan yang paling berpengaruh

dalam sejarah seni lukis moden. Kubis

memperkenalkan pendekatan baru yang radikal

untuk menggambarkan bentuk dan ruang. Mereka

merevolusikan lukisan dan seni lukis lain pada

tahun 1900-an.

UMUM 
REALISME

Realisme dalam seni lukis ialah usaha untuk

memaparkan kehidupan yang sebenar. Bagi ahli

realisme, fungsi utama pelukis adalah untuk

menggambarkan apa yang diamati melalui deria,

setepat dan sejujur yang mungkin.

UMUM 
EKSPRESI ABSTRAK

Ekspresi abstrak lihat Seni lukis (Ekspresi

abstrak).

UMUM 
MONET, CLAUDE

Monet, Claude (1840–1926), pelukis Perancis

dan pemimpin terkemuka dalam gerakan

impresionis. Dia mempengaruhi seni lukis dengan

melukiskan tindak balas spontan peribadinya

kepada lukisan pemandangan luar atau peristiwa.

Pelukis awal cuba menggambarkan kajian di luar

secara pantas seperti trengkas. Kajian itu

digunakan sebagai “nota” untuk lukisan gambar

yang lebih hebat di studio. Monet ialah pelukis

yang pertama dan paling penting menggunakan

kesan impresi pemandangan di luar untuk

menjadikan hasil kerja yang sempurna. Dia amat

tertarik dengan kesan cahaya luaran dan keadaan

sekeliling. Kepekaannya tentang perkara tersebut

dapat dilihat dalam Rouen Cathedral (1895), yang

diterbitkan semula dalam rencana Seni lukis, dan

dalam La Grenouillere (1869).

UMUM 
EKSPRESIONISME

Ekspresionisme ialah satu gerakan seni

lukis yang berkembang pada awal tahun 1900-

an.

UMUM 
RAUSCHENBERG, ROBERT

Rauschenberg, Robert (1925– ) ialah ahli

seni lukis Amerika yang menjadi masyhur kerana

percubaannya dengan berbagai-bagai bahan,

teknik, media, dan gaya. Usahanya mengkaji dan

mewujudkan bentuk ekspresi yang baru memberi

inspirasi kepada ramai pelukis.

UMUM 
DUCHAMP, MARCEL

Duchamp, Marcel (1887–1968) ialah pelukis

dan peneroka gerakan moden dalam seni lukis

Amerika.

UMUM 
DÜRER, ALBRECHT

Dürer, Albrecht (1471–1528) ialah pelukis dan

pembuat cetakan yang amat terkenal dalam sejarah

seni lukis Jerman.

UMUM 
1234

Kembali ke atas