Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[luluh] | لولوه

Definisi : 1. hancur menjadi serbuk, remuk; hancur ~ = ~ lantak hancur sama sekali, rosak binasa: kota itu hancur ~ akibat letupan itu; 2. = hancur ~ ki remuk-redam (hati), sedih sekali: hancur ~ rasa hatinya mendengar berita sedih itu; meluluhkan menghancurkan, meremukkan; luluhan (Geog) hancuran, remukan: semua benda galian pasir kelodak dan tanah liat terjadi drpd ~ batu; peluluhan (Geog) perihal meluluhkan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[luluh] | لولوه

Definisi : 1 hancur menjadi serbuk; rosak binasa; remuk: Gelas yg cantik itu hancur ~ setelah terhempas pd batu. 2 = hancur ~ sangat sedih; remuk-redam (bkn perasaan hati): Hancur ~ rasa hatinya setelah ia ditinggalkan oleh suaminya. meluluhkan menghancurkan sesuatu sehingga menjadi serbuk. luluhan sesuatu yg luluh. peluluhan hal (perbuatan dsb) menjadi luluh atau meluluhkan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
luluh (adjektif)
Bersinonim dengan hancur, remuk, relai, berkecai, bersepai, rapun;,
Kata Terbitan : meluluhkan, luluhan, peluluhan,

Puisi
 

Anak Cina masak itik,
     Masak mari sampai luluh;
Memang tak guna berbini cantik,
     Hari-hari sahaja bergaduh.


Lihat selanjutnya...(13)
Peribahasa

Yang buntal kutil mengutil,
     yang jerung luluh meluluh.

Bermaksud :

Yang miskin hidup berpekin, yang kaya boros berbelanja.

 

Lihat selanjutnya...(3)


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
LULUH HAWA KIMIA

Luluh hawa kimia, penguraian mineral dalam batuan yang melibatkan perubahan kimia pada mineral berkenaan.

GEOGRAFI DAN GEOLOGIProses/Tindak Balas
LULUH HAWA FIZIKAL

Luluh hawa fizikal, pemecahan atau penyepaian bahan di permukaan bumi tanpa mengubah kandungan kimianya.

GEOGRAFI DAN GEOLOGIProses/Tindak Balas
LULUHAWA ORGANIK

Luluh hawa organik ialah proses pemecahan batuan dan mineral melalui tindakan manusia, tumbuhan, haiwan, dan bakteria.

GEOGRAFI DAN GEOLOGIProses/Tindak Balas
DEGRADASI

Degradasi, proses yang melibatkan perendahan permukaan bumi yang lazimnya dilakukan oleh agen seperti atmosfera dan glasier. Proses utama termasuklah luluh hawa mekanikal, lelasan sungai, dan glasier.

GEOGRAFI DAN GEOLOGIProses/Tindak Balas

Kembali ke atas