| MULUT | Mulut ialah bahagian badan yang sesuai untuk menerima makanan. Bibir pada bukaan mulut membantu kita minum dan mengambil makanan. Di dalam mulut, ada dua baris gigi, satu di atas baris yang satu lagi, untuk mengunyah dan menghancurkan makanan hingga lumat supaya boleh ditelan dan dihadam. Kelenjar air liur di dinding dan lantai mulut mengeluarkan air liur, yang bercampur dengan makanan yang dikunyah. Air liur menjadikan kita lebih mudah menelan makanan kering dan membantu penghadaman gula. Lihat Air liur. | UMUM | |
| SAMBAL | SAMBAL, makanan pembuka selera yang diperbuat daripada cili. Terdapat banyak jenis sambal, ada yang dimasak dan ada yang disediakan secara mentah. Sambal yang dimasak seperti sambal tumis, sambal sate, sambal ketupat, sambal lumat dan sambal goreng boleh disimpan berhari-hari. Sambal mentah seperti sambal belacan, sambal kelapa dan sambal tempoyak adalah makanan pembuka selera yang mengiringi makanan lain seperti ulam-ulam, ikan bakar dan ikan goreng. | BUDAYA | Makanan |