Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : 1. kayu panjang pd dasar perahu, dasar perahu; 2. pokok (sesuatu pendapat, faham, dll), asas, dasar, pangkal: ~ pendidikan; perjumpaan tersebut merupakan satu ~ bagi persidangan besar; 3. Mn bahagian bawah (kuali, periuk, dll), dasar; berlunaskan berasaskan, berdasarkan: tiap­tiap satu dasar bahasa bagi pelaksanaan di bilik darjah haruslah berasaskan kajian yg rapi dan ~ teori atau pendekatan yg sudah terbukti kejayaannya. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : beres, jelas, selesai (hutang dll); melunasi, melunaskan 1. membayar (hutang dll) hingga selesai, menjelaskan (hutang): hingga saat itu kami belum dapat ~ yuran; orang tuanya banyak menolong melunaskan hutangnya; 2. memenuhi (menunaikan) kewajiban (janji dll): ~ kewajiban; 3. mem­perbaiki kesalahan (dgn membuat jasa dll), menebus kesalahan dll: ~ dosa; terlunas telah dilunaskan: pinjaman ~; pelunasan perihal melunaskan sesuatu (hutang), penjelasan, penyelesaian: ~ segala hutang piutangnya; pelunas (orang) yg melunaskan, penyelesai: ~ hutang. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : 1 kayu panjang pd dasar perahu. 2 asas sesuatu fahaman atau pendapat; dasar; pangkal. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)


Definisi : terbayar (ttg hutang); langsai; selesai: Hutangnya di kedai itu baru ~. melunaskan 1 membayar hutang dll hingga habis; menjelaskan; menyelesaikan. 2 menunaikan janji (kewajipan dsb). 3 menebus kesalahan dll: ~ dosa. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
lunas
Rujuk :asas


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
SISTEM EKONOMI ISLAM

Sistem ekonomi Islam ialah suatu kaedah

yang beroperasi mengikut lunas-lunas Islam dalam

soal penggunaan dan pengurusan sumber yang

berbentuk material untuk memenuhi kehendak

semua pihak.

UMUM 
SURUHANJAYA PILIHAN RAYAKapsyen          :           Mengundi sebagai satu simbol demokrasi

 

SURUHANJAYA PILIHAN RAYA, sebuah badan atau agensi bebas bertaraf perlembagaan dan menjadi pengawas serta penyelia satu proses dalam sistem demokrasi. Suruhanjaya ini ditubuhkan mengikut perintah Perlembagaan Malaysia (Fasal 114). Dalam menjalankan tugasnya, suruhanjaya bukan saja harus bersikap dan bertindak berkecuali, saksama dan adil, tetapi harus kelihatan demikian, kerana sifat-sifat itu sendiri sudah menjadi sebahagian daripada lunas-lunas demokrasi. Dalam mentadbirkan dan menjalankan fungsinya, Suruhanjaya Pilihan Raya dibekalkan dengan kuasa-kuasa berkanun seperti yang terdapat dalam Perlembagaan Malaysia (Bahagian VIII) serta Jadual Kedua Belas, akta-akta khusus, dan peraturan-peraturan terbitan.

SEJARAH DAN ARKEOLOGIInstitusi/Organisasi

Kembali ke atas