LUTUT | | UMUM | |
KARATE | Karate ialah satu bentuk pertarungan yang tidak menggunakan senjata, yang memerlukan seseorang itu menendang atau menyerang dengan menggunakan tangan, siku, lutut, atau kaki. | UMUM | |
KILT | Kilt ialah pakaian tradisional orang lelaki di Tanah Tinggi Scotland dan Ireland. Pakaian ini berupa skirt labuh separas lutut, berlisu di belakangnya dan rata di sebelah hadapan. | UMUM | |
BAJU KEBAYA | BAJU KEBAYA, baju yang berlengan panjang, berpinggang dan berbelah di hadapan. Baju ini dipakai oleh wanita di Malaysia, Indonesia, Brunei dan Singapura. Pada asalnya baju ini direka labuh hingga ke paras lutut ataupun lebih. Kini banyak perubahan yang dilakukan ke atas potongan baju tersebut. Ada yang labuhnya hingga ke paras lutut disebut kebaya labuh dan ada yang singkat ke paras punggung sahaja, disebut kebaya pendek. Meskipun begitu, kedua-duanya mempunyai ciri yang sama. Kebaya labuh lebih sesuai dipakai dalam upacara rasmi, istiadat dan majlis kenduri kahwin sahaja, sedangkan kebaya pendek dipakai di mana-mana dan pada bila-bila masa sahaja, oleh semua peringkat umur. | BUDAYA | Pakaian |
KATAPLEKSI | Katapleksi ialah satu keadaan yang melibatkan kehilangan sementara keadaan normal otot secara tiba-tiba. Ia selalunya disebabkan oleh keadaan emosi yang keterlaluan terutamanya ketawa, marah, dan keterujaan. Serangan katapleksi ini berbeza kadar dan lamanya. Serangan yang sederhana boleh menyebabkan lemah pada lutut, atau rahang ternganga, atau kepala terlentok. | UMUM | |
TAMBURIN | Tamburin ialah sejenis alat perkusi yang terdiri daripada gelung yang diperbuat daripada papan nipis atau logam dengan <i> membran i>(kepingan) nipis daripada plastik atau kulit haiwan yang diregangkan ke bahagian bertentangan. Semua tamburin mempunyai ceper logam kecil di sekeliling gelung. Pemain akan memegang tamburin dengan sebelah tangan. Mereka memainkan dengan mengetuknya pada tangan yang lain, lutut atau paha dan menggoncangnya. Tamburin telah dipopularkan oleh askar Turki yang dikenali sebagai <i> Janissary i> yang memainkan alat ini di dalam kumpulan pancaragam tentera sejak tahun 1400-an hingga awal tahun 1800-an. Pemuzik Barat mula menggunakan tamburin pada tahun 1700-an. Lihat juga Muzik (alat muzik). | UMUM | |
MOKASIN | Mokasin ialah kasut lembut yang berbentuk seperti selipar. Mokasin dipakai oleh Orang Asli Amerika Utara. Mereka membuat mokasin daripada kulit rusa dan haiwan lain, dan menghiasinya dengan manik atau duri landak. Kasut ini tidak mempunyai tumit dan muat-muat dipakai. Kebanyakannya menutup buku lali. Sesetengahnya memanjang hingga ke lutut. | UMUM | |
PSORIASIS | Psoriasis ialah sejenis penyakit kulit, yang dicirikan oleh tompokan tebal yang timbul dan berwarna merah, dan dilitupi sisik yang putih keperakan. Pada kebanyakan orang, hanya tompokan itu sahaja gejala penyakit itu. Tetapi tompokan itu mungkin memedihkan, pecah dan berdarah, terutama jika kulitnya radang kerana digaru. Tompokan itu biasanya terdapat pada siku dan pada lutut. Namun dalam kes yang teruk, tompokan mungkin meliputi seluruh tubuh. Sejenis artritis dikaitkan dengan banyak kejadian psoriasis, walaupun tompokan kulit itu tidak menyebabkan artritis. | UMUM | |
POSTUR | Postur ialah kedudukan tubuh seseorang ketika berdiri atau duduk. Postur ditentukan oleh keupayaan seseorang mengekalkan keseimbangan terhadap daya graviti, yang menarik tubuh secara berterusan ke bawah. Tindakan sesetengah otot tertentu mengekalkan tubuh supaya tegak lurus. Otot ini termasuk otot yang menahan belakang, pinggul dan lutut daripada bengkok. Disebabkan oleh tindakan tolak ansur dengan tarikan graviti dan juga tindakan otot, maka postur ialah keadaan yang dinamik dan sentiasa berubah. | UMUM | |
ABOMINABLE SNOWMAN | Abominable Snowman dikenali juga sebagai <I>Yeti I>, ialah sejenis makhluk yang dikatakan pernah menghuni di Gunung Everest dan beberapa gunung lain di Banjaran Himalaya di Asia. Makhluk seperti ini juga dilaporkan ada ditemui di kawasan terpencil di China, Siberia, dan tempat lain di Asia. Mengikut legenda, <I>Abominable Snowman, I>ialah seekor haiwan berbulu tebal, bertubuh seperti monyet besar, dan menyerupai manusia. Ia mempunyai lengan yang panjang hingga ke lutut, dan berjalan tegak dengan kaki yang besar. Legenda juga menceritakan bahawa <I>Abominable Snowman I> kadang-kadang turun dari gunung dan menyerang penduduk kampung. Nama <I>Abominable Snowman I> mungkin berasal dari terjemahan <I>metoh kangmi, I> iaitu nama bagi makhluk ini dalam bahasa Tibet. Nama <I>Yeti I>pula berasal daripada bahasa kaum Sherpa dari Nepal. Mungkin nama yang diberikan ini dikaitkan dengan <I>haiwan memamah segala-galanya I> dan mungkin juga merujuk kepada raksasa gunung dan bukannya makhluk sebenar. | UMUM | |