SURAH AL-MA'IDAH | Surah al-Ma’idah ialah salah satu daripada surah Madaniyyah, surah yang kelima mengikut susunan surah-surah al-Qur’an dan mengandungi 120 ayat. Surah ini dinamakan al-Ma’idah (hidangan) berdasarkan perkataan itu yang disebut di dalamnya. Surah al-Ma’idah menceritakan tuntutan golongan Hawari kepada Nabi Isa a.s. sebagai bukti kebenaran kenabiannya. Penyempurnaan tuntutan itu menjadi hiburan bagi mereka. Kisah al-Ma’idah ini sangat mengagumkan dan terkandung di dalam banyak ayat al-Qur’an dengan gambaran yang halus daripada Allah yang Maha Tinggi lagi Maha Besar. | UMUM | |
MA’ARRIY, ABU AL-‘ALA’ AL- | Ma’arriy, Abu al-‘Ala’ al- (363 H.–449 H./973 M.– 1057 M.), penyair Arab. Nama penuhnya ialah Ahmad ibn Abdullah ibn Sulayman ibn Muhammad ibn Sulayman al-Ma’arriy al-Tanukhiy. Salasiah datuknya berakhir pada al-Nu’man ibn ‘Adiy. Nama panggilannya Abu al-‘Ala’ dan dia menggelarkan dirinya ‘Rahin al-Muhbisin’ (tawanan penjara). ‘Muhbis’ yang dimaksudkan kerana dia hilang penglihatan, justeru dia mengurungkan diri di dalam rumah dan mengasingkan diri daripada masyarakat. Dia lahir di Ma’arrah al-Nu’man, Syam, yang menurut sesetengah ahli sejarah dinisbahkan kepada al-Nu’man ibn ‘Adiy. | UMUM | |
SURAH AL-MA‘UN | Surah al-Ma‘un ialah salah satu daripada surah Makkiyyah, surah yang ke-107 mengikut susunan susunan surah-surah al-Qur’an dan mengandungi tujuh ayat. Surah ini dinamakan al-Ma‘un berdasarkan firman Allah S.W.T. yang bermaksud: “Dan orang-orang yang tidak memberi sedikit pertolongan (kepada orang yang berhak mendapatkannya”. (Surah al-Ma‘un 107:7) | UMUM | |
MA YUAN | Ma Yuan ialah pelukis yang terkenal daripada ahli keluarga pelukis Cina yang dihormati. Bersama-sama rakan pelukisnya, Xia Gui (juga dieja dengan Hsia Kuei), Ma Yuan telah menghasilkan sebahagian daripada lukisan landskap dengan menggunakan dakwat terkenal pada awal tahun 1200-an pada Zaman Song (Sung) Selatan di China. | UMUM | |
SURAH AL-MA‘ARIJ | Surah al-Ma‘arij ialah salah satu daripada surah Makkiyyah, surah yang ke-70 mengikut susunan surah-surah al-Qur’an dan mengandungi 44 ayat. Surah ini dinamakan al-Ma‘arij (tempat-tempat turun naik) berdasarkan firman Allah S.W.T. yang bermaksud: “Salah seorang (dari kalangan orang-orang kafir Makkah, secara mengejek-ejek) meminta kedatangan azab yang (dijanjikan) akan berlaku, azab yang disediakan untuk orang-orang yang kafir, yang tidak ada sesiapa pun dapat menolak kedatangannya – dari Allah yang menguasai tempat-tempat turun naik”. (Surah al-Ma‘arij 70:1–4) | UMUM | |
MA WARA’ AL-NAHR, PEMBUKAAN, | Ma Wara’ al-Nahr, Pembukaan, siri pembukaan negara oleh orang Islam di sebelah timur negara Islam pada zaman pemerintahan Bani Umayyah, khususnya pada zaman Khalifah al-Walid ibn Abd al-Malik. Pembukaan ini adalah di bawah pimpinan Qutaybah ibn Muslim dan Muhammad ibn al-Qasim. Ma Wara’ al-Nahr ialah negeri-negeri yang terletak di antara Sungai Jayhun dengan Sungai Wiriy, meliputi negeri Takharstan, Saghaniyan, Samarkand, Bukhara, Khawarizm, dan Ashru. Sebelum negeri ini ditakluk, orang-orang Islam telah mengepung dan menghalang laluan orang Rom. Selepas itu, berlakulah penaklukan di bahagian timur negara Islam dan ia terus kekal di bawah pemerintahan Islam. Masa pembukaan itu adalah antara tahun kejatuhan al-Mada’in, iaitu pada tahun 16 H./637 M. dan pelantikan Qutaybah ibn Muslim sebagai pemimpin di Khurasan pada tahun 85 H./704 M. | UMUM | |
MOHD. MA'AMON NOR | MOHD. MA’AMON NOR ( ? - ? ), nasionalis Sarawak. Mohd. Ma’mon Nor atau lebih dikenal dengan nama Mohd. Nor. Dia mendapat pendidikan awal di Sekolah St. Joseph, Kuching, Sarawak. Dia adalah anak Melayu pertama di Sarawak yang lulus peperiksaan Junior Cambridge pada tahun 1932. Dia pernah berkhidmat di Jabatan Pos dan Telegraf selama dua setengah tahun sebelum menceburi bidang perniagaan dan menubuhkan sekolah malamnya sendiri. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Tokoh |
MA’LUF, LUWIS | Ma’luf, Luwis (1283 H.–1366 H./1867 M.–1946 M.), sarjana Arab dan tokoh ilmuwan dalam bidang sebaran am dan kewartawanan pada zaman kebangkitan moden. | UMUM | |
DAIRAT AL-MA'ARIF AL-WATANIYYAH | DAIRAT AL-MA’ARIF AL-WATANIYYAH, sekolah agama. Ia juga dikenal sebagai Dairatul Ma’arif. Madrasah ini terletak di Kepala Batas, Seberang Perai Utara, Pulau Pinang. Madrasah ini didirikan oleh Haji Abdullah bin Haji Ibrahim atau lebih dikenali sebagai Haji Abdullah Fahim, pada tahun 1926. Pada peringkat awal, pengajian agama di madrasah ini dijalankan secara ‘umumi’ sahaja. Pada tahun 1927, sistem pengajian ‘nizami’ diperkenalkan. Pengajian terhad kepada pelajar lelaki sahaja. Pada tahun 1935, barulah kelas untuk pelajar wanita diadakan, tetapi secara berasingan. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Institusi/Organisasi |
MA ZHIYUAN | Ma Zhiyuan (1270-1330), pujangga Yuanqu yang terkenal pada zaman Dinasti Yuan (1279-1368). | SASTERA | Tokoh |