Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ma.bu/] | مابوق

Definisi : 1. pening kepala (hilang ingatan, tidak sedarkan diri, dsb) kerana meminum minuman keras atau makan gadung dsb: Ali dimarahi isterinya kerana pulang ke rumah dlm ke-adaan ~; 2. ki sangat suka (gemar) akan sesuatu ... terlalu sangat asyik (berahi): maka Tuanku Malim Dewana pun asyik dan ~lah melihat permainan ayahnya itu; ~ agak-agak (kira-kira) suka duduk berangan­angan sahaja (satu kerja pun tidak dibuatnya); ~ andan tergila-gila kerana hendak kahwin; ~ asmara (berahi, cendawan, cinta) hilang akal atau spt gila (kerana jatuh cinta dll); ~ bunga raya mabuk dgn muka berwarna merah; ~ bunga selasih terlalu mabuk (hingga tidak dapat berdiri dgn tegak); ~ darah a) pening kepala kerana melihat darah; b) peng­san kerana banyak kehilangan (keluar) darah; c) mengamuk setelah melihat darah; d) suka menumpahkan darah orang; ~ gunung berasa pening kerana udara agak tipis (di tempat­tempat yg tinggi, pergunungan, dll); ~ hamil rasa loya-loya, pening dsb, biasanya pd se­belah pagi, yg dialami pd peringkat awal ke­hamilan; ~ kecubung a) pening kepala kerana memakan biji kecubung; b) ki sangat berahi sehingga lupa akan hal-hal lain; ~ kepayang (kesmaran) fikiran terganggu (seakan-akan gila) sebab jatuh cinta dll; ~ laut (ombak) pening dan muntah-muntah dlm pelayaran (dgn kapal atau perahu); ~ tahi telinga menjadi bingung kerana mendengar bermacam-macam percakapan orang; ~ udara pening kerana naik kapal terbang; ~ di enggang lalu prb tertarik hati kpd orang yg tidak dikenali; spt orang ~ gadung prb sangat pucat; dimabuk diganggu atau terganggu oleh se­suatu (fikiran dll): kerana telah banyak sangat ~ asmara, pekerjaan Mansor mulai kelihatan mundur; ~ angan-angan gelisah hati (kerana sangat memikirkan sesuatu dll); ~ bayang-bayang mengalami cinta yg tidak berbalas; ~ nasib berasa sangat sedih kerana memikirkan nasib­nya; dimabuki diganggu oleh: selama tujuh ta-hun darwis itu ~ sakit cinta; memabukkan menjadikan (menyebabkan) mabuk: minuman yg ~; kemabukan sedang mabuk, dlm keadaan mabuk: dia sudah spt orang yg benar-benar ~, tidak peduli apa di hadapannya; pemabukan proses menjadi mabuk: bahaya ~ akibat arak atau dadah; pemabuk (orang yg) selalu mabuk. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ma.bu/] | مابوق

Definisi : 1. berasa pening kepala atau hilang ingatan kerana meminum minuman keras dsb: Tiap-tiap hari dia pulang ke rumah dlm keadaan ~. 2 ki terlalu sangat asyik atau gemar akan sesuatu: Maka ~lah ia melihat permainan ayahnya. ~ agak-agak (kira-kira) leka dgn berangan-angan saja. ~ asmara (cendawan, cinta) hilang ingatan atau spt gila kerana jatuh cinta. ~ darah a. berasa pening kerana melihat darah. b. pengsan kerana banyak keluar darah. ~ laut (ombak) berasa pening dan muntah-muntah dlm pelayaran. ~ udara berasa pening atau muntah-muntah ketika dlm penerbangan. memabukkan menyebabkan menjadi mabuk. pemabuk orang yg selalu mabuk. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
mabuk (adjektif)
1. Bersinonim dengan pening: pusing kepala, berat kepala, sakit kepala, hilang ingatan, hilang fikiran, hilang akal, khayal,

2. Bersinonim dengan gian: asyik, berahi, tenggelam,

Kata Terbitan : memabukkan, pemabuk,

Puisi
 

Sayang berdua berjalan malam ,
     Menyidai kain di bawah rumah;
Mabuk arak dari semalam,
     Mabuk bermain apa yang sudah?


Lihat selanjutnya...(41)
Peribahasa

Mabuk di enggang lalu.

Bermaksud :

Sangat tertarik hatinya kepada orang yang belum dikenal.

 

Lihat selanjutnya...(16)


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
MABUK KETINGGIAN

Mabuk ketinggian ialah penyakit yang dialami

pada altitud yang tinggi oleh orang yang biasa

tinggal di altitud yang rendah. Ia juga dikenali

sebagai mabuk gunung . Mabuk ketinggian ini

disebabkan oleh keadaan yang terdedah pada

tempat tinggi yang relatifnya mempunyai tekanan

oksigen yang rendah. Simptomnya termasuklah

sesak bernafas, pening kepala, pola tidur terganggu,

loya, penglihatan kabur, kurang dengar, berat

kepala, dan mudah lupa. Dalam sesetengah kes,

seseorang akan muntah apabila mengalaminya.

UMUM 
MABUK GERAK

Mabuk gerak ialah keadaan rasa loya yang amat

sangat, yang disebabkan oleh perjalanan. Pesakit

menjadi pucat dan berpeluh. Pesakit boleh muntah

sekiranya perjalanan berterusan. Kebayakan orang

yang terjejas akibat mabuk gerak juga mengalami

sendawa, sakit kepala, bersikap acuh tak acuh dan

mengantuk.

UMUM 
SATYR

Satyr ialah dewa kecil bagi desa dan hutan dalam

mitologi Yunani. Satyr pada asasnya kelihatan

seperti manusia biasa. Tetapi kebanyakan mereka

mempunyai sedikit sebanyak ciri-ciri haiwan, seperti

kaki, kuku, tanduk, dan telinga kambing, atau

pelbagai gabungannya.

Satyr mengikut Dionysus, iaitu dewa wain, dan

Pan, dewa hutan dan padang rumput. Kebanyakan

satyr adalah muda, ceria, tetapi nakal. Ada kalanya

mereka menjadi liar dan tidak dapat dikawal, tetapi

jarang mencederakan sesiapa pun. Perkara yang

suka dilakukannya ialah meminum wain dan

memburu perempuan cantik yang dikenali sebagai

nimfa . Mereka juga suka muzik dan menari. Ada

satyrz tua yang mabuk, tetapi bijak. Perkataan Rom

purba bagi satyr ialah faun .

Lihat juga Dionysus; Faun; Pan.

UMUM 

Kembali ke atas