| KUASAR | Kuasar ialah objek yang amat bergemerlapan  yang berada jauh dari galaksi kita. Oleh sebab  objek tersebut kelihatan macam bintang dalam  gambar foto, ia disebut objek kuasi-najam (macam  bintang), tetapi istilah ini biasanya disingkatkan  kepada kuasar.  | UMUM |   | 
			
				| TAYAR | Tayar ialah lapisan luar yang menyaluti sesebuah roda. Kebanyakan tayar diperbuat daripada getah yang diperkukuhkan dengan sejenis fabrik dan  pneumatik  (diisikan dengan udara mampat)  .  Ia digunakan pada kapal terbang, basikal, bas, kereta, jentera melombong, motosikal, kenderaan rekreasi, traktor, lori, dan bermacam-macam kenderaan lagi. Sesetengah tayar getah diperbuat daripada getah padat, seperti yang digunakan pada kereta sorong.  | UMUM |   | 
			
				| KESUSASTERAAN MELAYU | KESUSASTERAAN MELAYU, kesusasteraan yang tumbuh dan berkembang di Alam Melayu, atau Tanah Melayu, yang kini lebih dikenal sebagai Malaysia. Kesusasteraan Melayu terdiri daripada pelbagai macam dan jenis sastera yang indah dan bernilai, yang terakam dalam bahasa Melayu dan memperkatakan tentang masyarakat Melayu. Kepelbagaian jenis ini ditempatkan dalam dua kelompok utama, yang masing-masing dikenal sebagai “kesusasteraan tradisional” dan “kesusasteraan moden”. Pembahagian ini lebih didasarkan pada faktor sejarah. | SASTERA | Konsep | 
			
				| BAJU SIKAP | BAJU SIKAP, sejenis baju pendek pakaian lelaki, berbelah di hadapan dengan pelbagai potongan. Baju ini merupakan pakaian tradisional orang Melayu di Tanah Melayu dan Indonesia hingga tahun 1880-an. Di sesetengah tempat, baju ini disebut sebagai baju mengan, baju putera raja dan bermacam-macam lagi.  | BUDAYA | Pakaian |